Kisahnya. Anak lelaki saya. Tahun ni umurnya 10 tahun. Darjah 4A. Hobi: Melukis. Buku kosong yang saya bekalkan kat sekolah, memang jadi bahan lukisannya. Belum lagi contengan di kertas A4. Kertas lukisan memang banyak saya bekalkan. Memang saya beli untuk dia conteng. Semuanya saya simpan. Dia mula melukis sebelum masuk sekolah lagi. Saya paparkan di sini antara lukisan daripada buku kosongnya. Yang lain, yang terbaru, akan saya paparkan kemudian.
Siri Final Fantasy ...


Tentang orang bercinta ...

Aksi membara ...

Ala-ala karikatur ...

Masa awal2 iklan ni kat tv ...

Yang ini lukisan tahun lepas rasanya ...

Ini pun tahun lepas juga ...

Komik pun dia buat. Ada lagi sambungan tapi saya tak upload kat sini.
40 comments:
lukisan muka bapak dia takde?hehe
memang terbaik..
berbakat..
fuh taknak jual ker lukisan tu?
bagi sokongan dkt dia lagi tinggi
mana tahu satu hari leh ganti datuk Lat ker
saya dan adik beradik lelaki juga boleh melukis. tapi xde pulak dpt penghargaan dari family sampai mcm ni mase kecik2 dulu. hehe...
satu cerita, kawan saya anak seorang pelukis. abg dia 2 org melukis dlm komik terkenal. dia pun ada bakat jugak tapi sampai part dia je, mak dia x bg. stop! kena belajar mender lain selain lukis2. percaya tak? walau saya suruh dia lukis simple2 pun tak nak sbb mak dia x bg. bgs la budak ni. soalan saya kat dia; rasa rugi tak pendam bakat mcm tu je? dia pun teragak2 nak jawap. tapi hakikatnya, dia antara best student course accounting uitm kampus saya ms tu.
abg nan, bagus kalau dia boleh balance. skang pun duk kelas A kan?
ok la tu...
kipidap!!
dulu perangai aku macam ni lah. tapi aku suka lukis edward watak cover album iron maiden. conteng kat buku sekolah.
aku dapat moral support dari bapak aku. PENAMPAR!
akhirnya aku lepas geram masa SPM. Aku kental amek pendidikan seni tanpa sebarang kelas praktikal dan teori. Memang 2A. hahahahah
Wah, sangat berbakat! Saya pun tidak mampu melukiskan sesuatu yang sebegitu. Kalau kamu suka, kamu boleh beri galakan padanya untuk terus berkarya.
waa.. bagus lah dia neh.
Salam SAUDARA NANJAMIL,
Berbakat sungguh noo anak saudara tu. Ada potensi jadi pelukis komik terkenal. Bapaknya pandai lukis tak? Hmmm, mesti la kannn...mana lagi kuah nak tumpah kalau bukan ke nasi kannn:-) SYABBAS BETA!!!
Tak lama lagi, bapanya dapatlah Datuk!haha
Bakat yang perlu digalakkan. Selepas itu minta dia buat guna komputer pulak. Mana tahu boleh jadi penulis dan pelukis untuk filem kartun macam Lat yang menghasilkan kampung boy, ataupun Nemo dll.
Apa senyum-senyum? Dah, pergi buat kerja. DB dah terlepas dateline...
Sgt berbakat..bimbinglah ank base on apa yg dia suka..lagi senang.
darjah 4 dah boleh lukis macam ni mmg berbakat la..
bukan senang nk melukis garis tak putus..pensel pn kurang diangkat daripada kertas. garisan bersambung pn kurang.
dulu aku suka lukis slash kat buku. slas gun n roses. haha
boleh jadi kartunis sambilan ni.. hebat! teringat buku sekolah saya yg berconteng juga dulu2 =P
nmpk dia tu sorg yg kreatif. bkn stakat bidang lukisan je. bole pkai utk bidang lain skali...
bagus abg simpan lukisan2 dia..sure dia rasa apa yg dia buat sgt2 dihargai..
pandai anak lu melukis..tahniah..
menurun bakat kamu ni gamaknya bro... :)
ada bakat tu bro..kena pupuk..:)
wah! hebatlah!
kagum kita tengok!
mamanya pandai buat kek, ayahnya terror ambil gambar, hebat menulis, anak pulak pandai melukis... pakej lengkap tu kalau nak buat bisness sendiri!
wah sangat berbakat. abg nan kena galakkan dia lah. boleh jadi terkenal dan kaya tu.
inilah bidang seni yang saya tak boleh "masuk." tangan keras semacam, hanya seronok menikmati saja.
terus beri galakan pada anak2, bang!
kalo camni... orang Dawama takleh cari makan...
eh best..best..gua nak ada anak juga laa..
bibir: ada. belum diwarnakan.
182: kata dia, kat sekolah ada kawan2 bagi duit. suruh dia lukis. ada 50 sen. ada 1 hengget. haha.
hans: memang bagi sokongan.
insya-Allah.
razor: anak saya tu nampaknya ok. pelajaran pun ok. setiap tahun naik pentas ambik hadiah kecemerlangan. tahun 4 ni jatuh sket. top 5 dlm aliran drp 8 kelas (320 orang murid). tahun lepas (3A) tempat pertama dlm kelas & tempat pertama dlm aliran. syukur. moga dai dpt balance antara hobi dgn akademik.
rajuna: kalau memang berbakat, tak masuk kelas pun ok, kan!
encik ahmad wm omar: saya sentiasa memberi galakan kpdnya. terima kasih.
farhanalicous: terima kasih. saya link, k!
ishan: mudah2an dia berjaya. ŚUKRIYĀ!
anuar: datuk? haha.
kak mariah: ishk ... jgn la marah. kerja kerja jugak.
blog kena update. hihi.
qaseh: setakat ni kami sekeluarga memang menggalakkan dia.
bro dzul: nampaknya macam tu la. bila dia lukis, jarang guna pemadam.
objek kecil pun dia boleh enlarge sampai saiz A3.
bro min: kira berbakat jugak la masa kecik2. haha.
hartini: mudah2an. tolong doakan. ŚUKRIYĀ!
sultan: harap-harap macam tu la. semoga dia berjaya dlm bidang yg diminati. terima kasih.
ojie: memang simpan. masa umur 3, 4 tahun punya lukisan pun saya simpan.
mrblind: terima kasih, bro.
tasik: mungkin jugak kot. tapi bakat dia lain macam.
kad0k: memang pupuk, bro. sentiasa pupuk bakat & semangat dia.
adik lily: terima kasih. tapi tak sehebat Lily Haslina novelis tersohor.
alina: terima kasih. memang sentiasa galakkan dia. nampaknya minat sungguh dia tu. masa lapang takde keje lain. capai pen/pensel & kertas, dia boleh duduk seharian dalam bilik, melukis.
benua: abang sentiasa galakkan dia.
encik zuldean: orang dawama banyak dah kaya raya. dengar dengar yg dah jutawan pun ada. macam macam adaaaa! hahaha.
pipi: apa tunggu lagi bro. apa hal nak ada anak tapi tak kawen. awek alien tu, tangkap la! humchaaa!
ini sudah cukup bagus, tahun depan boleh sara diri.
pecah k: harap2 kebolehannya itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. terima kasih.
Bestnyer ada bapak yang bagi sokongan camni. Saya dulu pon zaman sekolah sebuk nak menulis. Pastu sebuk masuk persatuan penulisan. Abah kata kalau nak berpersatuan tunggu lepas SPM. Bila dah ambik SPM n lepas tu kerja, haram nak berpersatuan dah. Setakat ber'satu'an jer. hahahahah
hanim: saya rasa biarlah beri sokongan dlm apa yg diminati. anda pun hebat menulis skrg ni. dh ada pengalaman kan? jd. hasil ber'satu'an itu jgn disia2kan. bagi sokongan gak kat dia. huhu.
berbakat betul anak lu beb!
sebijik macam gua.
chait!!
bagus. beri la sokongan. setiap org kan minatnya lain2.
semoga dia berjaya
poyoti: sila lukis seekor ayam jantan sedang mengurat itik betina. haha.
l.i.f.e: doakan mudah-mudahan dia berjaya. terima kasih.
bole la hang suruh dia lukis buat wall paper..
Wah!!! Picaso sebelum jadi pelukis famous, asalnya melukis lagu anak hang jugak. Hang kena layan dia baik-baik. Beli la segala alat-alat melukis. Pensil kaler Luna jangan lupa mesti ada dalam koleksi.
ia hasil lukisan biasa seperti yang dilukis oleh kebanyakan anak-anak. tiada yang luar biasa. memang anak-anak suka meniru dan melukis karekter lawan-lawan.
biarkan beliau meniru apa saja yang disuka sebagai latihan melukis dalam buku sketch dengan menggunakan pensil. jangan gunakan pen mata bulat ( dakwat biru, merah, hijau.... )atau gunakan drawing pen. tapi pensil dah cukup.
teruskan meniru sebagai latihan dan berseronok la.
mungkin encik perlu/patut menghadiahkan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR pada anak encik ni.
artsoul: baguih jugak cadangan hang tu.
ritah: ya. layaaaaannn!
gayour: terima kasih yo. buku tu akan diboli dlm waktu todokek ni juo.
wah
ada bakat.
boleh jadi orang seni jugak ni;]
teringat aku di zaman anak-anak. tahniah untuk anak yang ini, dan yang cemerlang dalam entri yang lepas!
kikiey: ya. harap2 bakat itu akan berterusan.
art: terima kasih.
Nan anak kau memang berbakat. Jangan persiakan bakatnya.
Dari teman lama salam
Post a Comment