"Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Apabila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia mengujimu. Apabila Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancangkan sesuatu yg baik untukmu. Maka, bersangka baiklah terhadap Allah, kerana kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya terhadapmu."
27 June 2008
tentang doa ...
24 June 2008
drama syed alwi
Bersama-sama rakan wartawan baru-baru ini, saya tonton drama terbaru karya Dato' Syed Alwi. Tok Perak sebenarnya karya Syed Alwi yang lama, tapi dipentaskan semula melalui pendekatan berbeza. Kata Sabri Yunus yg pegang watak utama, oleh sebab cara dulu dan kini berbeza, maka dia terima tawarannya. Jika menggunakan pendekatan lama, pasti dia menolaknya. Sebabnya lagi, karya besar ini agak sukar untuk digauli, sementelah lagi Sabri tidak sanggup berinterkasi dlm loghat Perak yg asli. Gambar-gambar yg saya rakam, saya siarkan di sini. Untuk lebih menghayati, anda tontonlah sendiri. Pementasannya pada 27, 28, dan 29 Jun 2008 nanti, bertempat di Auditorium DBP.
20 June 2008
apabila dikenang ...
Dulu dalam kelas aku pengawas. Lps prhimpunan hari isnin, kena tahan guru disiplin. Termasuk juga kwn2 aku yg lain. Rambut aku panjang lepas kolar baju. Kwn2 lain pun sama mcm aku. Cikgu cantas rambut kami sorang-sorang. Bukannya shanteek ... tapi lintang pukang. Sambil gunting cikgu tu kata, "amboi ... rambut hang lawa, nak jadi penyanyi ka? Lain kali pakcik tengok hang rambut panjang, pakcik hantaq hang pi Pulau Pinang."Aku geram tak terkira. Cikgu ni tak tau ka, aku dah banyak berjasa. Masa guru mesyuarat, kelas aku yg jaga. Bila loceng masuk berbunyi kuat, aku kena tunggu kat pagar, catat nama pelajar lewat. Ini yg aku malas nak buat. Yg selalu lambat tu pun aku punya sahabat. Masuk kelas semua awek pandang, malunya aku bukan kepalang. Aku tarik sorang kawan dlm kelas, pegi repair rambut dlm tandas. Seronok jugak bila dikenang, aku la pengawas berambut panjang. Ha ha ha ...
(terima kasih cikgu Md Mydin, kerana mendisiplinkan aku).
18 June 2008
panas barang ...
Tiba-tiba, saya teringat kata-kata seorang pakar motivasi. Saya tonton program tu kat tv. Kalau tak silap dalam slot waktu pagi. Beliau pernah juga bagi ceramah kat DBP. Mengingatkannya, saya senyum sendiri. Tajuknya tentang perasaan marah yg menguasai diri. Antara katanya begini:"... orang lelaki ni jgn bagi dia panas barang. Bahaya kalau dia panas barang ..."
(Beliau ni orang pantai timur).
16 June 2008
gurindam sarang


Di Muzium Selangor sedang berlangsung pameran. Kali ini tentang seni bina haiwan. Memang menarik dan menakjubkan. Maka, dalam Dewan Budaya Julai 2008 yg akan diterbitkan, saya mencoretkan catatan: Selain manusia Allah jadikan haiwan, tiada akal tiada fikiran, namun naluri utk meneruskan
kehidupan, berlindung drp cuaca panas mahupun hujan, sarang dibina sebagai tempat perlindungan
Bertahun-tahun manusia mempelajari seni bina; garis, bentuk, pelbagai perkara diteliti
diambil kira, tersilap hitungan tersalah formula, terbengkalai bangunan tertangguh binaan
namun tidak bagi haiwan, sarang dibina amat menakjubkan
Anai-anai bukan sembarangan serangga, kadangkala menjadi musuh manusia
daripada tanah busut dibina dilepa, ribuan kali ganda saiz busut dgn badannya
di dalamnya dibentuk ruang berongga, sebagai lorong aliran udara
Tidak kurang juga keunikan kerengga, daun-daun dicantum dilekatkan bersama
membentuk ruang kosong di dalamnya, di situ kerengga tinggal mempertahankan kawasannya
Tebuan yang kecil berbisa sengatan, dedaun cebisan tumbuhan dihancur dilumatkan
dibentuk laksana awan larat ciptaan seniman, bagaikan palitan warna pada lukisan
tergantung di pokok indah menawan, menjadi satira "gong Raja Sulaiman"
Hitam tidak secantik merak, cekal hadapi dugaan menduga gerak
walau dtg musuh bersenjata berpakaian segak, diusir dihalau malahan ditembak
berhadapan rintangan bukan menunjuk lagak, kelebihan sihitam bernama gagak
Sarang yg dibina sebagai tempat perlindungan, bukan sekadar menggunakan ranting
atau dahan, malah dawai atau besi buangan, kekuatan kaki dan paruh yg dikurniakan
dawai dan besi lurus gagak boleh bengkokkan, sarangnya kukuh kuat bertahan
Burung belatuk terbukti hebat, dengan paruh tajam dan kuat
batang pokok ditebuk sehingga berlubang, di situ belatuk jadikan sarang
Buaya memang sifatnya garang, di tepi sungai di tepi pantai dalam lubang
juga di bawah pohon merimbun membentuk ruang, di situ buaya jadikan sarang
Daripada rumput halus dan daun lalang, tekun teliti tanpa jemu sabarnya bukan
kepalang, tempua menggunakan paruh menjalin menganyam sarang,
tergantung berbuai di pohon buluh di pelepah kelapa
sarang tempua berongga di dalamnya, tempat berlindung dan berkeluarga
seni anyaman burung tempua, tidak tertanding oleh manusia
Dalam rimba di pohon tinggi menjulang awan, di pohon tualang tegap agam
gagah di dahan, lebah berpakat bersatu membina kediaman, halus berseni hasil ciptaan
tanpa pengetahuan tanpa sukatan, seni bina lebah penuh keajaiban
jika manusia pasti pakar kejuruteraan, sel bersegi enam sempurna susunan
Demikian secebis kisah seni bina haiwan
ciptaan indah menarik tidak tercapai fikiran
- menjalin menyulam lalang dan daun kering
- melepa tanah menebuk lubang menyusun ranting
kesenian azali menghasilkan tempat perlindungan
naluri yang dikurniakan aturan Tuhan,
supaya manusia meyakini keesaan
agar manusia bertakwa dan mengakui kebesaran
Dialah Allah yg Maha Bijaksana, Maha Perkasa
Segala-galanya adalah ciptaan dan kuasa-Nya.
geram + bengang ...
Skrg ni pegi kerja dgn motor lagi senang. Lagipun harga minyak melambung bukan kepalang. Tangki kapcai saya dulu 6 ringgit dh tak ada ruang. La ni 10 ringgit pun masih lagi kurang. Apa nak jadi dunia sekarang. Macam mana rakyat nak hidup senang. Mahalnya harga barang. Padahal gaji naik hanya sekupang. Krj tolong la jeling2 pandang2. Potong elaun YB pun harga barang tak kurang. Sepatutnya pantau dan turunkan harga barang. Bagi la peluang. Kami rakyat pun teringin nak rasa senang. Kerja siang malam pagi petang. Sampai ada yg patah pinggang. Macam P. Ramlee kata "reput tulang". Semata-mata nak sara anak bini kita orang ...
akhir perjalanan hidup ...
Kak Rohaya Yusof, wajahnya masih terbayang di mata saya. Seorang kakak yg sangat baik dengan saya. Tidak pernah meninggi suara. Tidak ada kata yg menyakiti hati saya. Tuturnya dlm senyuman sentiasa. Wajahnya sentiasa ceria. Kami sama-sama bertukar maklumat kerja. Dia sering kongsikan pengetahuannya. Yang kurang difahami, sayalah yg ditanya. Ada buku cenderamata yg kami siapkan bersama. Tiada bayaran - percuma. Tapi kami seronok bekerja bersama. Tidak banyak kerenahnya. Yg kurang setuju, diberikan cadangan bersama hujahnya.
Kini tiada lagi Kak Ya. Dia pergi buat selamanya. Pergi menemui Tuhan yang Esa. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Kak Ya. Perginya tanpa menanggung derita nestapa. Tanpa pengetahuan ramai rakan taulannya. Pemergiannya ditangisi semua.
Doakan kesejahteraannya. Sedekahkan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepadanya. Jika ada salah silapnya dengan kita, maafkanlah dia. Semoga rohnya bersemadi dengan aman sentosa. Kepada Tuhan kita pohonkan doa, semoga roh Kak Ya dicucuri rahmat dan hidayah-Nya. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)












