28 August 2008

pada hari kenduri kahwin itu aku hanya bertugas di bahagian belakang walaupun tugas di situ tidak glamor dan tidak perlu berpakaian cantik ...

Hari Sabtu dan Ahad lepas aku sibuk. Ada majlis kenduri kahwin sepupu isteri aku. Sibuk sebab kami masak sendiri. Lebih jimat. Kami bergotong-royong bersama keluarga dan jiran tetangga. Mujur juga isteri aku dan kaum keluarga dia memang cekap memasak. Dari awal persiapan hingga majlis selesai, semua beres. Diorang memang best! Aku respect! 10 bintang*********!
Aku dan sepupu-sepupu bertungkus-lumus di belakang - di bahagian dapur untuk memasak. Antara bekerja di belakang tabir dengan bekerja di bahagian hadapan, yang mana kamu pilih? Di hadapan memang la glamor. Boleh pakai cantik2 sambut dan layan tetamu. Di belakang, kena singsing lengan baju dan kaki seluar. Sebelum masak kena potong dan bersihkan ayam dan daging. Bukannya sikit!

Yang membasuh pinggan mangkuk, bermain dengan minyak, air sabun dan sisa makanan. Sentiasa basah dan lombab. Sampai kecut2 jari tangan!

persediaan nak masak. walaupun tak ramai, tapi ok. semua boleh buat kerja.

ha ... along, lauk bawa ke depan, tetamu dah sampai. abangla pastikan nasi sentiasa penuh.

kiri lauk rakyat, kanan lauk "king one day"

macam pengundi Permatang Pauh jer. tak balik ngundi ker?

mat-mat cuci pinggan. ada bangla. ada indon. myanmar ada jugak. pakistan pun ada!

woit ... salah tempat ni. kalau nak glamor, gi dok depan. jaga tamu. wah ... jaga air pun ok. riileeeekz jer.

wooo! pehhh ... bro t-shirt hitam. patut la lu rajin.

di hadapan boleh glamor, walaupun jaga teloq.

di hadapan, boleh posing2 ngan "king one day"

kek pengantin jadi rebutan sedara-mara. sorang sikit la ye.

kiri: mak pengantin lelaki @ mak mertua pengantin perempuan @ isteri bapa mertua pengantin perempuan @ nenek anak saudara pengantin lelaki @ mak mertua isteri adik pengantin lelaki. kanan: bapa mertua pengantin perempuan @ bapa pengantin lelaki @ suami mak mertua pengantin perempuan @ atuk anak saudara pengantin lelaki @ bapa mertua isteri adik pengantin lelaki.

kat tempat memasak aku jumpa senduk ni. ok lagi ni. jangan buang. membazir.

sewaktu tetamu sedang menjamu selera, langit cerah bertukar rupa. mega berarak ditiup bayu membawa titis2 hujan bersamanya.

aku respect diorang ni. selesai majlis, kawasan memasak pun clear. memang cekap awekz dua orang ni.

21 August 2008

apabila kawanku Uda bercerita tentang polis yang menahan mereka kerana menunggang motosikal tidak memakai helmet dan tidak ada lesen memandu dan ...

apabila kawanku Uda bercerita tentang polis yang menahan mereka kerana menunggang motosikal tidak memakai helmet dan tidak ada lesen memandu dan kak Kemy di tempat kerja aku bercerita tentang dia menayang dan menggayakan coli merah cup D saiz 46 di kahalayak ramai sambil berjalan-jalan di kota raya.

Aku telah di"tag" oleh adik ira. Terima kasih aku ucapkan atas anugerah ini. Tak perlu meleret lagi. Aku teruskan saja dengan ucapanku.

"Memang aku duga. Memang aku tahu. Aku memang layak dapat anugerah ini. Aku suka. Ha ha ha. Apa saja anugerah nak bagi kat aku, aku ambil. Sebab aku memang layak untuk mendapatkannya. Aku nak ucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang menyebabkan aku mendapat anugerah ini.

Uda Bujang: Dia ni kawan aku. Orang Asli di JHEOA. Ini ceritanya yang masih aku ingat:

Syatu hari aku dan adik aku naik motosyikal dengan bapak aku. Bapak aku la yang bawak motor. Bapak aku tak ada lesyen. Kami tak pakai helmet. Buat apa pakai. Bukan nak lumba motosyikal. Kami nak pegi pekan jual hasyil hutan. Tengah jalan, enchek polish tahan kami. Bapak aku perlahankan motor. Syampai kat polish tu, bapak aku kata, minta maaf encik, motor shaya syudah penuh. Encik tumpang motor lain la ye. Aku pun tepikir, kami dah 3 orang, mana boleh tambah lagi. Polish tu gemuk pulak tu!

Kak Kemy: Seorang kakak di tempat kerja aku. Dia cerita:

Satu hari akak jalan2 window shopping di sebuah pusat beli-belah. Akak tengok2 cuci mata di bahagian pakaian wanita. Akak belek2 coli merah cup D saiz 46, tengok2 seluar dalam nipis dan jarang bunga2, intai2 g-string, pegang2 baju tidur nipis bertali kecil merah menyala. Kalau baju tidur ni ada saiz akak, memang akak beli. Biar abang kau tak tidur malam.

Keluar dari kompleks, akak lintas jalan. Beberapa orang lelaki dan perempuan pandang2 akak sambil senyum. Akak balas senyuman mereka. Akak pikir2 juga, dia orang ni kenal aku ke?

Tiba2 terdengar tiupan wisel. Akak toleh. Pengawal keselamatan shoping complex tadi kejar akak. Akak suspens. Aku tak curi apa2 pun, kenapa kejar aku? Pengawal tu tunjuk2
hand bag yang akak sandang.

Alamak! Sehelai coli nipis warna merah cup D saiz 46 tergantung di hand bag akak kat belakang. Cangkuknya melekat kat
hand bag masa akak tengok2 tadi agaknya. Patut la semua orang senyum2 kat akak. Malu!!!

O.K. Cukup dulu ucapan ni. Banyak lagi kalau nak sebut. Nanti n3 ni panjang pulak. Kamu-kamu jugak yang malas nak layan. Aku tak mahu tag siapa2. Aku tengok banyak yang dah kena."

14 August 2008

nak salahkan siapa kalau nafsu terus meronta-ronta nak makan pada hari yang penuh dengan makanan sewaktu majlis makan-makan bagi meraikan staf yang...

Kali ini n3 aku pasal ini makan-makan. Tajuk sebenarnya berbunyi begini: nak salahkan siapa kalau nafsu terus meronta-ronta nak makan pada hari yang penuh dengan makanan sewaktu majlis makan-makan bagi meraikan staf yang mendapat anugerah khidmat cemerlang, menyambut hari lahir, staf yang bertukar ke bahagian lain, yang mendapat kerja di tempat lain, yang baru masuk ke bahagian kami walaupun telah teramat kenyang dan perut terasa sengkak dan bontot pun melekat atas kerusi kerana malas nak bangun lalu duduklah lagi di hadapan deretan makanan itu sambil tangan mencapai dan menambah apa-apa yang patut untuk disuap dan dikunyah lagi dan lagi dan lagi ...

Banyak kali juga aku tengok n3 tentang makanan dan makan-makan. Kali ini aku pula nak cerita pasal tajuk di atas. Di tempat kerja aku, 3 atau 4 bulan sekali kami akan mengadakan majlis makan-makan bagi meraikan staf seperi yang ada dalam tajuk kali ini. Majlis ini sebenarnya semakin mengeratkan silaturrahim antara kami. Seperti biasa, setiap kali majlis, kek buatan isteri aku akan menjadi hidangan wajib, terutama bagi pencinta kek (iklan sikit ye ... jangan kecil hati. Sila layari http://kekdehanz.blogspot.com/) .

Makanan pula ada yang ditempah dan ada yang dimasak sendiri oleh staf. Staf di tempat aku memang banyak yang berbakat dan pakar dalam bidang masakan. Kali ini makanannya (seperti dalam gambar di bawah, yang pastinya membuatkan kamu meleleh air liur) ialah nasi putih beserta asam pedas tenggiri, sayur campur, ayam betawi dan sambal belacan Tok Perak, nasi kerabu dan ikan goreng tepung Opah Zaharah, kerabu mangga dan sambal bilis petai kak Ani Hamid, pucuk ubi dan sambal tempoyak kak Jamilah, telur dadar @ mini murtabak Ros, puding Ritah, kek batik Rafiq, dan sudah tentu kek coklat indulgence kak Deehan. Layanlah gambar2 di bawah ini.
nasi kerabu Opah Zaharah

kerabu mangga kak Ani

asam pedas tenggiri Tok Perak


pucuk ubi kak Jamilah


sambal belacan Tok Perak & sambal bilis petai kak Ani


happy birthday bos & shukri

makan pun serious ... ish ... ish ...



tambah, tambah ... jgn malu2 ...

aii ... nasi putih pun berebut!


makan, makan ... jgn jeling awek ...

opah Zaharah dan calon2 menantu ...

ah, apa kelas makan nasi ... aku nak kek!

yang mana satu nak makan ni ...

bro Armin dgn aweks dh kenyang, pinggan pun dah licin ...

eh ... sabau, sabau ... tocokik nanti ha ... abang jugak yg susah!
saja jer aku letak gambar kek banyak2, biar meleleh merambu2 air liur korang. hahaha.
woi woi, tinggal sikit kat aku!

kek chocolate indulgence ... hmm nyam nyam ...

kek chocolate indulgence kak Deehan

sebut betul2: "kek kak Deehan best!!!


12 August 2008

satu malam ketika artis bergaya di karpet merah dan dewan yang dipenuhi bintang-bintang












Aku bagaikan berada di luar negara. Aku di kelilingi bintang-bintang ternama. Warna-warni dan sungguh meriah. Malam ini malam bagi para penggiat filem menerima anugerah. Banyak kategori dipertandingkan. Hadiah pun memang lumayan. Para aktor dan aktres masing-masing sungguh bergaya. Berjalan melalui karpet merah dengan segak dan anggun ceria.

Melihat mereka, aku mengaku, Malaysia memang telah maju dalam industri filemnya. Para pelakon semakin anggun jelita. N3 kali ini, aku tidak mahu meleret dan memanjangkan coretan. Biarlah gambar-gambar yang disiarkan di sini menceritakan segala-galanya. Terima kasih kepada rakan-rakan jurufoto, Yaman Ibrahim dan Shaari Safie yang turut merasa bahang pada malam gemilang itu.

07 August 2008

pagi khamis yang indah ini begitu sejuk mencengkam sehingga tubuhku menggigil kerana hujan gerimis subuh tadi baru saja berhenti dan tiupan bayu lembut menyentuh tubuh ketika semangatku memuncak untuk hadir ke tempat kerja kerana mood masih baik setelah malam pra jumaat tiba-tiba menjadi sangat panas dan mood hilang lenyap setelah perjalananku tersangku-sangkut dan tidak dapat mencelah antara kereta-kereta kecil besar buatan tempatan dan import walaupun aku menunggang motosikal kecil dan akhirnya ternyata aku sampai lewat satu minit ke tempat kerja ketika aku menyentuh kad perakam waktu yang memang tidak pernah menipu akan ketepatan waktunya dan terpaksalah aku mengisi borang pentadbiran bagi memberi alasan akan kelewatan yang seminit itu.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
Kenapa ada sekatan jalan raya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?