21 January 2009

saya sibuk, sibuk sungguh, sungguh sibuk


1. Lama tak update. Sungguh. Saya memang sibuk. Sibuk sungguh. Sungguh sibuk.

2. Minggu lepas saya hantar anak sulung balik ke asrama. Saya hantar dia balik ke sebuah IPT nun di utara negeri darul ehsan. Saya memandu sendirian tanpa ditemani isteri. Saya terpaksa cuti pula hari tu. Pendaftaran buat hari bekerja. Alangkah elok, alangkah baik, alangkah pandai, alangkah tidak "bodo" kalau pihak berkenaan minta pelajar mendaftar hari Sabtu atau Ahad. Mak bapak pun senang. Yang bekerja makan gaji taklah susah susah nak ambil cuti. Yang bekerja sendiri taklah terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada hari itu. Yang kerja secara sambilan @ kontrak dah la tak ada gaji hari tu. Inilah yang benuasuluk kata "bodo macam papan".

Lagi sekali "bodo macam papan" sewaktu proses pendaftaran masuk ke asrama. Anak saya dah beratur panjang menunggu giliran untuk ambil kunci bilik. Sampai giliran, "pegawai" yang jaga pendaftaran kata tak boleh daftar sebab slip bayaran yang ditunjukkan tidak ada cop. Anak saya dan kawan2 yang tak ada cop pada slip kena pergi semula ke dewan pendaftaran untuk dapatkan cop daripada "pegawai cop" di sana. Kena la depa menapak ke dewan yang sedap sedap berjalan di bawah sinaran mentari tu. Memang "bodo macam papan". Masa daftar kemasukan tadi kenapa tak beritahu, atau terus saja cop pada slip tu. Lepas "pegawai cop" menjalankan tugasnya cop pada slip bayaran, budak2 tadi kena menapak balik semula ke tempat pendaftaran asrama, dan beratur lagi untuk jumpa "pegawai daftar asrama" kerana nak dapatkan kunci bilik asrama. Memang "bodo macam papan".

Kalau tak ada cop pun, slip bayaran tu dah terbukti menunjukkan yang bayaran telah dibuat. Nama IPT dan no akaun IPT pun tertera pada slip bayaran tu. Apa salahnya "kau" ambik jer slip tu. "Bodo macam papan".

Untuk ceritera "bodo macam papan" sila layari: benuasuluk.blogspot.

25 comments:

RY said...

saya paham.

ipta ka itu?

kalau ipta tak heran. uni saya pun ada hutang saya yuran pendaftaran.

tapi ada staf mereka 'bodo mcm papan' saya tak berjaya claim. last2 saya fed up.

enggang sama enggang
papan sama papan gamaknya.

haih

Anonymous said...

bukan bodoh macam papan je.. kakitangan kuli kerani dan sial tu macam jilat puki mak dia, menyusahkan mak bapak. abbik je slip tu.. puki mak dia sial.. aku geram ni dengan pegawai macam tu..

Hajime said...

oh!
itu perkara biase...
lempang je die bertalu2...

Anonymous said...

kadang2..ada sesetengah org buat benda senang jadi semakin remeh.."memang bodoh cam papan"..owhhh..maaf kerana bertanya..kenapa "papan" ye?...hahahaha

ijan said...

hari daftar mmg cam tu. kadang2 kite bole jd macam bole ke sana ke sini...

182 said...

bukan main marah lagi brader atas tu..ni mesti penah kena haha..

Denanz ... said...

razor: bila kita fed up, depa la yg seronok. depa berjaya tunjuk kuasa. lagak mereka menjadi. memang bangang.

anonym: memang sangat menyusahkan orang lain. tapi orang macam ni tak pernah pun nak pikir pasal kesusahan orang. bahlol sungguh.

Denanz ... said...

hajime: memang la tepikir nak buat macam2. tapi rasa kemanusiaan tu masih ada. boleh "cool" lagi.

Denanz ... said...

kadok: hahaha. memang la papan. dah tentu tentu papan tu tak boleh bepikir. depa pun sama macam tu. kalau kat tempat gua, depa ni orang kata "bodoh piang". bodoh sungguh2. pepalih bodoh.

Denanz ... said...

sultan: proses pendaftaran tu tak susah pun. saja jer disusahkan.

Denanz ... said...

182: sapa yang penah kena memang marah sangat. sakit hati. gua bukan nak cakap besar la. setakat pegawai camtu, any time boleh kena pindah. gua pun ada "line" atas yang lagi power. tapi masih ada perasaan lagi, tak nak la buat camtu.

Fadh Rahman said...

nie namanya karenah birokrasi kot? sabar tak baik marah...bakar jer terus U tue!

benuasuluk said...

denanz,
wo marah, marah. Hak hak. Nampaknya "bodo macam papan" dah diterima ni. Tolong usul kat dbp, sebagai masukan peribahasa baharu nih. Hak hak.
selamat pindah bang!

Denanz ... said...

fadh: haih ... memang sungguh. kerenah birokrasi. tapi ... hal yang remeh tu kekadang "kuli kuli bawah" tu yg lebih2.

Denanz ... said...

benua: ya ya. sama2 kita pindah ke rumah sementara.

memang marah wan. benda kecik lagu tu pun buat bagi payah.

haha. peribahasa baru ni ... kena tambah satu pekataan lagi bagi kaw sikit.

"BODO PIANG MACAM PAPAN"

amacam. buleh ka?

tasekM said...

aku yg baca ni pun tertekan. mmg papan!!!!!

haih

Denanz ... said...

tasik: memang bodo piang macam papan. depa ni eloknya hantar gi gaza.

azlishukri said...

nan dah ada kata2 kesat dalam blog ko ni..luah perasaan kot...

l.i.f.e said...

ini lah yg katanya bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut. ye dak?

Rahimin Idris said...

kerja kat dbp lagi ke tak ni?

eh, kisah chempaka dengan bunga matahari dalam DB tu bro buat research ke? haha

mie3425 said...

Rakan lama hang nak nyibuk ni. Hang pindah mana tuh.

hans said...

selalu memang macam tu
walaupun tiap2 tahun buat benda yang sama tapi mesti ada masalah
kenapa yer?

Denanz ... said...

azli: tak pa li. bagi peluang.

l.i.f.e: ya. setuju sangat.

min: mana lagi nak kerja. haih ... baik punya soalan. menusuk kalbu. haha.

bunga tu ... ada jugak la tanya2 org.

Denanz ... said...

mie: apa kabar. lama tak dengar berita. pindah dekat2 tu la jugak. kirim salam kat pegawai baru itnm ... encik khairulanuar.

hans: kerana sikap segelintir "pegawai" yang memang bodo.

reverie said...

Mesti IPTA lah. biaselah. Sistem birokrasi(diekstrak dari beaucracy) Malaysia.

Ape pun tahniah anak dapat masuk IPT.

tengok2 blog ni. Moh2!

www.reveriemalaya.blogspot.com