20 April 2009

20 tahun yang lalu ...


Kisah ni sepatutnya dicatakan pada 5 April 2009 yang lalu. Tapi kerana kesibukan yang amat, hari ni barulah dapat disiarkan. Tapi, kira okey la, kan. Masih lagi dalam bulan yang berkenaan.

"5 APRIL - HARI INI DALAM SEJARAH"

Pada hari ini, 20 tahun yang silam, bersamaan 5 April 1989, aku dan 2 orang rakan berada di puncak tertinggi di Asia Tenggara. Ya, hari itu, sebelum muncul mentari pagi, kami betul2 berada di Low's Peak, Gunung Kinabalu. Kami berada pada paras 4101 meter. MasyaAllah! Pemandangan yang sungguh menakjubkan!

Tapi, beberapa hari yang lalu apabila aku cari maklumat tentang Gunung Kinabalu dalam Wikipedia, dicatatkan bahawa gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia yang ketinggiannya mencecah 4095 meter dari aras laut. 4095m? Adakah Kinabalu semakin rendah? Semakin tenggelam ke dasar laut? Atau puncaknya dimakan geroda?

Dikatakan juga bahawa Gunung Kinabalu merupakan gunung ke-6 tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881m), Puncak Jaya (4884m), Puncak Trikora (4730m), Puncak Mandala (4700m) dan Puncak Yunin (4595m) di Indonesia, dan ke-18 tertinggi di Asia.

Dulu kita tahu Kinabalu yang tertinggi, tapi kini dah jatuh no. 6 di Asia Tenggara. Bila masa pulak muncul gunung2 yang lain yang lebih tinggi tu?

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di "Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

WALAU BAGAIMANAPUN, AKU DAH SAMPAI KE PUNCAK TERTINGGI ITU. SAH SAH DALAM SIJIL TERTULIS GUNUNG KINABALU (4101 M) YANG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA!


28 comments:

sha83@kaizer said...

salam...
maaf ...
ceroboh masuk..
best lah bc entri ni...
tu je ke gambar² yg ada?
bila nk pegi lagi?

S.YanaZ said...

syabass inspektor shahabb..
syabass!!!

benuasuluk said...

tuan editor,
ni ikut team kembara siswa dewan siswa dulu-dulu ka? Atau sdn bhd?
Boh la lagi gambar takat 2, 3 keping apa barang bro

Fadh Rahman said...

wah hebat laa bro kita nie xdisangka-sangka...

mgkin kerajaan sabah lupa taruk baja kat kaki gunung kinabalu dan negara lain taruk baja yang terbaik, sbb tue laa kinabalu makin terndah dan dipintas oleh gunung lain. (ulasan yang akan dijawab dgn penampor) he he he

Hajime said...

ello2? dengarkan lagu terbaru siren... apa aku pada waktu ini... di sini -> http://budakyangbijak.blogspot.com silelah komen ya!

Denanz ... said...

sha83: salam ... gambar ada banyak. nanti jemu la pulak tengok banyak sangat.
nk pegi lagi? tak tau la lagi ...
link ya.

Denanz ... said...

sya sayang: dhanyavād, dhanyavād (धन्यवाद)

Denanz ... said...

wan benua: bukan kembara siswa. projek lain. sampai ja KK, tetiba teringin nak ghagaeh gunung.
tak prepare apa2 langsung. pi ghagaeh lagu tu ja. penat nak mampoih!
gambar banyak tu cukup la. segan nak scan. kamera dulu2 guna kodak. kodak fuji kot. ha ha.

Denanz ... said...

fadh: ha ha ha. gunung kurang baja. tu yang makin rendah. ha ha.

Don Balon said...

wohoo..
2m dalanc masa 20 tahun memanc besor tu..
ke ader yanc buat dajey cangkul dgn mata tiga low's peak tu..
ke puok2 tu tabur simenferro buat bentuk batu tu yanc tiba2 tinggi tu..
apa pun..
koi ucap tahniah ke aok denanc..
banyok mender aok nok kena cerita ke kami generasi terkemudian ni..
:)

tasekM said...

aku syak gunung2 lain tu dh makan calciyum. he he.



.

RY said...

wah best.

Artozy said...

dah kodak, kodak ke. fuji, fuji le hahaha. berapa umur kau panjat masa tu?

kad0k. said...

aku penah lalu kat kaki dia je..hehehe

hans said...

aku tgok muka dalam pic tu macam rosyam nor dalam filem gila2 remaja plak...
hahaha

Zaid@Zaidel said...

Bila lagi nak g puncak everest abg nan? Minta DBP sponsor...Caya lah sama lu..Tunnggu Gunung Kinabalu semakin rendah barulah rasanya nak g daki, hehehehe...

Denanz ... said...

hajime: maaf belum sempat dengar lagu.

Denanz ... said...

don: ye. pengalamanc daki gunung tu memanc menyeronokkan. kalau koi nok citer, panjanc le pulok n3 ni.

Denanz ... said...

tasik: ha ha. calciyummm ... memang cepat membesar ...

Denanz ... said...

razor: ye beeeeessst.

Denanz ... said...

artozy: kodak fuji, kodak konica, haha. masa tu tengah muda rumaja.

Denanz ... said...

kad0k: lalu kat kaki pun ok. sejuk gak tuuu.

Denanz ... said...

hans: rosyam nor? yang mana satu? haha.

Denanz ... said...

zaidel: apa barang sebelah rumah pun belum daki. isshh ...
nanti la. kita buat rombongan gi everest. bawak laksa sarawak sekali makan kat sana.

Cikgooden said...

pasaipa makin turun rendah?..ketinggian Hugh Low sukat tu tepat apa?..


teringat masa mendaki dulu...kesannya jalan mengengkang seminggu, haih...

Denanz ... said...

cikgooden: mengengkang seminggu? hahaha. kami pun dulu macam tu. takda persediaan apa2 pun. macam teror je pi dagi gunung tu.

sahrunizam abdul talib said...

Salam kunjungan Sdr Adnan-Sahrunizam Abdul Talib(Sepagian di Pekan Sehari Temerloh)

Pyanhabib said...

kalau blog ini `dihidupkan' 20 tahun lagi, entah siapa termeninggal dahulu, hah ha!