25 February 2011

inilah tarikhnya ...

telah kususuri jalanan ini
pelbagai dugaan
suka duka aku tempuhi
gunung yang tinggi telah kudaki
segalanya dapat kuharungi
bersama-samamu sayang

terima kasih atas segalanya
kerana kaulah yang terbaik
yang menyayangiku
mengasihi permata hati kita
kasih sayangku kepadamu
tidak pernah berubah
dan pantasnya berlalu masa
kita tidak terasa
25 februari tarikh sejarah
waktu aku melafazkan
sebaris kata
di hadapan semua saksi
bahawa aku rela bersedia
seikhlas hati semurni rasa
menerimamu sebagai isteri
dua puluh dua tahun
yang silam

kaulah mawar penyeri hidup
kau peneman sepi
kau penghibur
yang sentiasa di hati
ini hakikat cinta sejati
mahligai idaman abadi

alhamdulillah
syukur kepada-Mu ya Allah!

No comments: