16 June 2008

gurindam sarang

Di Muzium Selangor sedang berlangsung pameran. Kali ini tentang seni bina haiwan. Memang menarik dan menakjubkan. Maka, dalam Dewan Budaya Julai 2008 yg akan diterbitkan, saya mencoretkan catatan:

Selain manusia Allah jadikan haiwan, tiada akal tiada fikiran, namun naluri utk meneruskan
kehidupan, berlindung drp cuaca panas mahupun hujan, sarang dibina sebagai tempat perlindungan
Bertahun-tahun manusia mempelajari seni bina; garis, bentuk, pelbagai perkara diteliti
diambil kira, tersilap hitungan tersalah formula, terbengkalai bangunan tertangguh binaan
namun tidak bagi haiwan, sarang dibina amat menakjubkan

Anai-anai bukan sembarangan serangga, kadangkala menjadi musuh manusia
daripada tanah busut dibina dilepa, ribuan kali ganda saiz busut dgn badannya
di dalamnya dibentuk ruang berongga, sebagai lorong aliran udara
Tidak kurang juga keunikan kerengga, daun-daun dicantum dilekatkan bersama
membentuk ruang kosong di dalamnya, di situ kerengga tinggal mempertahankan kawasannya

Tebuan yang kecil berbisa sengatan, dedaun cebisan tumbuhan dihancur dilumatkan
dibentuk laksana awan larat ciptaan seniman, bagaikan palitan warna pada lukisan
tergantung di pokok indah menawan, menjadi satira "gong Raja Sulaiman"
Hitam tidak secantik merak, cekal hadapi dugaan menduga gerak
walau dtg musuh bersenjata berpakaian segak, diusir dihalau malahan ditembak
berhadapan rintangan bukan menunjuk lagak, kelebihan sihitam bernama gagak

Sarang yg dibina sebagai tempat perlindungan, bukan sekadar menggunakan ranting
atau dahan, malah dawai atau besi buangan, kekuatan kaki dan paruh yg dikurniakan
dawai dan besi lurus gagak boleh bengkokkan, sarangnya kukuh kuat bertahan
Burung belatuk terbukti hebat, dengan paruh tajam dan kuat
batang pokok ditebuk sehingga berlubang, di situ belatuk jadikan sarang
Buaya memang sifatnya garang, di tepi sungai di tepi pantai dalam lubang
juga di bawah pohon merimbun membentuk ruang, di situ buaya jadikan sarang
Daripada rumput halus dan daun lalang, tekun teliti tanpa jemu sabarnya bukan
kepalang, tempua menggunakan paruh menjalin menganyam sarang,
tergantung berbuai di pohon buluh di pelepah kelapa
sarang tempua berongga di dalamnya, tempat berlindung dan berkeluarga
seni anyaman burung tempua, tidak tertanding oleh manusia
Dalam rimba di pohon tinggi menjulang awan, di pohon tualang tegap agam
gagah di dahan, lebah berpakat bersatu membina kediaman, halus berseni hasil ciptaan
tanpa pengetahuan tanpa sukatan, seni bina lebah penuh keajaiban
jika manusia pasti pakar kejuruteraan, sel bersegi enam sempurna susunan

Demikian secebis kisah seni bina haiwan
ciptaan indah menarik tidak tercapai fikiran
- menjalin menyulam lalang dan daun kering
- melepa tanah menebuk lubang menyusun ranting
kesenian azali menghasilkan tempat perlindungan
naluri yang dikurniakan aturan Tuhan,
supaya manusia meyakini keesaan
agar manusia bertakwa dan mengakui kebesaran
Dialah Allah yg Maha Bijaksana, Maha Perkasa
Segala-galanya adalah ciptaan dan kuasa-Nya.

2 comments:

azlishukri said...

jual sarang boleh buat duit..

S.YanaZ said...

Menulis ttg sarang pun leh buat duit.
Dpt belanja ekk.