Kak Rohaya Yusof, wajahnya masih terbayang di mata saya. Seorang kakak yg sangat baik dengan saya. Tidak pernah meninggi suara. Tidak ada kata yg menyakiti hati saya. Tuturnya dlm senyuman sentiasa. Wajahnya sentiasa ceria. Kami sama-sama bertukar maklumat kerja. Dia sering kongsikan pengetahuannya. Yang kurang difahami, sayalah yg ditanya. Ada buku cenderamata yg kami siapkan bersama. Tiada bayaran - percuma. Tapi kami seronok bekerja bersama. Tidak banyak kerenahnya. Yg kurang setuju, diberikan cadangan bersama hujahnya.
Kini tiada lagi Kak Ya. Dia pergi buat selamanya. Pergi menemui Tuhan yang Esa. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Kak Ya. Perginya tanpa menanggung derita nestapa. Tanpa pengetahuan ramai rakan taulannya. Pemergiannya ditangisi semua.
Doakan kesejahteraannya. Sedekahkan Al-Fatihah dan Al-Ikhlas kepadanya. Jika ada salah silapnya dengan kita, maafkanlah dia. Semoga rohnya bersemadi dengan aman sentosa. Kepada Tuhan kita pohonkan doa, semoga roh Kak Ya dicucuri rahmat dan hidayah-Nya. Amin.
6 comments:
Walaupun hampir seminggu dia pergi, kehilangannya begitu dirasai. Nasib kita belum tahu lagi.
Salam Encik Nan,
Lima org sms sy ttg pemergian Kak Rohaya.Waktu itu sy demam =>'chicken pox'.Pd insan pertama yg sms sy tanya, Kak Aya mana nih...yg mana satu...
Mmg x pcaya, jauh sekali tlintas; dlm hati, dlm akal fikir.
Bak kata Nuar Enstein;
KITA AKAN MENYUSUL...
Kita semua berperasaan yang sama tentang dia.
Kata pujangga: "Good people die young".
Wajahnya yang sentiasa ceria dan muda tidak memperlihatkan usianya yang sebenar.
Che gu Yah,
Aku la orang pertama yang sms kat hang kot. Masa tu lah hang nak tanya panjang-panjang. Aku dok tengah terhiyak, hang macam-macam lah pulak.
Sha ... demam campak ka? kesian. Awat x habaq kat "Abang" awai2. Tapi, shian kan kat ayam tu. Dia kena "human pox".
Hu hu!!! plot cerita yg menarik! setelah diubahsuai,
My Website:
Versi Bahasa Melayu: http://Prepaid4U.Net/?id=tilano_j
English Version: http://Prepaid4U.Net/eindex.php?id=tilano_j
Chinese Version: http://Prepaid4U.Net/cindex.php?id=tilano_j
Post a Comment