14 August 2008

nak salahkan siapa kalau nafsu terus meronta-ronta nak makan pada hari yang penuh dengan makanan sewaktu majlis makan-makan bagi meraikan staf yang...

Kali ini n3 aku pasal ini makan-makan. Tajuk sebenarnya berbunyi begini: nak salahkan siapa kalau nafsu terus meronta-ronta nak makan pada hari yang penuh dengan makanan sewaktu majlis makan-makan bagi meraikan staf yang mendapat anugerah khidmat cemerlang, menyambut hari lahir, staf yang bertukar ke bahagian lain, yang mendapat kerja di tempat lain, yang baru masuk ke bahagian kami walaupun telah teramat kenyang dan perut terasa sengkak dan bontot pun melekat atas kerusi kerana malas nak bangun lalu duduklah lagi di hadapan deretan makanan itu sambil tangan mencapai dan menambah apa-apa yang patut untuk disuap dan dikunyah lagi dan lagi dan lagi ...

Banyak kali juga aku tengok n3 tentang makanan dan makan-makan. Kali ini aku pula nak cerita pasal tajuk di atas. Di tempat kerja aku, 3 atau 4 bulan sekali kami akan mengadakan majlis makan-makan bagi meraikan staf seperi yang ada dalam tajuk kali ini. Majlis ini sebenarnya semakin mengeratkan silaturrahim antara kami. Seperti biasa, setiap kali majlis, kek buatan isteri aku akan menjadi hidangan wajib, terutama bagi pencinta kek (iklan sikit ye ... jangan kecil hati. Sila layari http://kekdehanz.blogspot.com/) .

Makanan pula ada yang ditempah dan ada yang dimasak sendiri oleh staf. Staf di tempat aku memang banyak yang berbakat dan pakar dalam bidang masakan. Kali ini makanannya (seperti dalam gambar di bawah, yang pastinya membuatkan kamu meleleh air liur) ialah nasi putih beserta asam pedas tenggiri, sayur campur, ayam betawi dan sambal belacan Tok Perak, nasi kerabu dan ikan goreng tepung Opah Zaharah, kerabu mangga dan sambal bilis petai kak Ani Hamid, pucuk ubi dan sambal tempoyak kak Jamilah, telur dadar @ mini murtabak Ros, puding Ritah, kek batik Rafiq, dan sudah tentu kek coklat indulgence kak Deehan. Layanlah gambar2 di bawah ini.
nasi kerabu Opah Zaharah

kerabu mangga kak Ani

asam pedas tenggiri Tok Perak


pucuk ubi kak Jamilah


sambal belacan Tok Perak & sambal bilis petai kak Ani


happy birthday bos & shukri

makan pun serious ... ish ... ish ...



tambah, tambah ... jgn malu2 ...

aii ... nasi putih pun berebut!


makan, makan ... jgn jeling awek ...

opah Zaharah dan calon2 menantu ...

ah, apa kelas makan nasi ... aku nak kek!

yang mana satu nak makan ni ...

bro Armin dgn aweks dh kenyang, pinggan pun dah licin ...

eh ... sabau, sabau ... tocokik nanti ha ... abang jugak yg susah!
saja jer aku letak gambar kek banyak2, biar meleleh merambu2 air liur korang. hahaha.
woi woi, tinggal sikit kat aku!

kek chocolate indulgence ... hmm nyam nyam ...

kek chocolate indulgence kak Deehan

sebut betul2: "kek kak Deehan best!!!


43 comments:

Ojie said...

sedapnyeeeeeeee sambal belacan ngn pucuk ubi tuhhhh..
kek tu lg la loooked tempting..
waaa susahnya jadi org taleh tenguk cake neh..
hahaha..

benuasuluk said...

Ho ho ho, letih. Saya bukan letih tengok makanan, saya letih tengok tajuk. Ba hak hak.

Ayu Hasman said...

pesal entry psl mkanan...
i dah ah puasa ari ni..ni tgh lunch time bace ur entry..perghh telan air liur je la :(

mariahsj said...

Amboi, makan sampai tak ingat kak ton. Huaaargghhh...

182 said...

keje gov ni memang banyak jamuan or majlis makanan lak tak ingat dunia takder yang tak sedap semua sedap-sedap belaka..
nikmat betul ekk..

Artozy said...

pejabat kerajaan mana yang kau kerja ni hah?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Denanz ... said...

ojie,
iyo la. pucuk ubi dan ulaman tardisi yang lain memang sodap & menyelerakan. kek tu pulak ... emmm ... aduh ...


benua,
ba hak hak. saja nak bagi depa penat. lepaeh tu, biaq depa meleleh ayaq lioq tengok kek ... hik hik.

Denanz ... said...

are you,
eh, puasa ek ... ala, sori beb. dugaan. cobaaaaann!


kak ton mariah,
ish ... apa lak tak ingat. kami dh plan nak gi ambik kak ton kat umah. tapi takut lak, nanti lepas makan tak nak balik. ha ... susah den ... haha.
anyway, kak ton ok ek. kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kak ton. semoga cepat sembuh dan kembali menceriakan bahagian majalah.

Denanz ... said...

182,
bro, yang ni bukan makanan sponsor kerajaan. ni sendiri punya bajet. saja nak makan2 bersama di samping mengeratkan hubungan persahabatan. macam mana pun, makanan2 tu memang sodap.


artozy,
pej kerajaan yang bergelumang dengan buku2.


comment delete,
hahaha. ok, ok.
delete pun takpa.

Artozy said...

nan,

3, 4 bulan akan datang aku pegi pejabat kau (dengan harapan dapat makan besar).

ZulDeanz said...

wahhh... sambil makan ada selingan iklan sekali...

hegira said...

waaaahhhh sedapnye kek!!!

hehe. tempat saya keje ni pon. minggu ini adalah minggu makan sedunia. huhu.

man_helang said...

pesal aku jilat skreen aku takde rasa ek....mak aih...melelehhhhh

Unknown said...

Sepatutnya mesti ada kredit, "Kamera Bahagian Majalah". haha

Rahimin Idris said...

wahhh, korang bab makan, macam bela jin yek! gurau je haha

Marjerin said...

naik terliur teman..

Denanz ... said...

artozy,
boleh, boleh. nanti aku jemput kau.


zuldeanz,
selalu orang kata, sambil menyelam minum air. tapi yang ni, sambil makan, jolok iklan. haha.


art.isreka,
ya. selagi ada rezeki dan ada rasa nak makan, kita makan. syukur kepada tuhan.

Denanz ... said...

man helang,
sabar man sabar. kang pocah lak skrin tu. hehe. meleleeeeh.


nuar,
kalau nak kredit, kena kredit tukang gambarnya. haha.
selamat bercuti dan selamat menempuh hari bahagia. semoga selamat dan berkekalan selamanya.
"SELAMAT PENGANTIN BARU"


bro min,
hahaha.


marjerin,
ada leleh ka bro. hehe.

dzul said...

kacang bendi rebus takde ke?..kacang bendi rebus..
best cicah sambal belacan.

Anonymous said...

wow promot tok isteri ke dan nak wat duit tok hari raye ehh

S.YanaZ said...

Laaa...

habis bila nk siap majalahhh???
:P

Cheh!Apsal x jemput guaaaa?
*Mana Che Chah?*

Denanz ... said...

bro dzul,
fulamak, bendi rebus. mengancam selera. jantung pisang rebus, bro. pergh ... meleleh.


generasi,
yap, promote la sket. masyuk la jugak sket utk baju raya anak2. dapat gak bantu2 isteri gua yg tak kerja tu. hehe.

Denanz ... said...

sya,
bila abang suap ja makanan dlm mulut, abang sebut nama sya. suap lagi sebut lagi (sambil pura2 nangis macam labu labi). ambik makanan lain, teringat kat sya. tapi nak wat camne, kita berjauhan darling ... huhu ... *sob ... sob*
abang sedey ni, tau!



*makcik Chah kirim salam*

Nafastari said...

Aku bayangkan kerabu mangga kak ani tu mungkin sedap..

yoshz said...

Demm u..
Asam pedas tu buat aku lapar.
Lunch lambat lagi nih

l.i.f.e said...

isks...ni ofis mana ni? ada keje kosong tak?
:P

Denanz ... said...

tuan ahmad wm,
kerabu mangga tu memang sedap, memang sedap.


yoshz,
itu yang aku harapkan, bro. supaya sesapa yg tengok n3 ni terasa2 sampai tak sempat tunggu lunch time. haha.

Denanz ... said...

l.i.f.e,
ofis mana2 pun ada kot. majlis cam ni bukannya selalu pun. sesekali jer. layan!

Wardrobe kita said...

lajat...lajat...ahh...best nyeh...Man_helang, yg ko smp jilat screen tu pesal? hishhh,wat malu. nk, mintak jea..lazatnye kek...ada lg x?

Rajuna said...

nan,
desert mana?
haus ni makan benda minyak2..

Denanz ... said...

qaseh,
yap. memang lajat. tu la pasal man helang jilat screen. tak leh tahan ... melelleh.
nak ke? kalau mai kl bagitau, bole bagi. orait, chao.


juna,
alamak ... desert cadang nak carik lompat tikam, tak jumpa la pulak. sedap tu kalau dapat ... ish ... ish. meleleeeeh lagi!

S.YanaZ said...

En.Nan,

sibutt bikin majalah yeaa, bangggg...

ha.ha.

Denanz ... said...

YE SAYANG ... ABANG SIBUK.
NGAPER ... NAK BELANJA ABANG MAKAN?
BOLEH ... BOLEH.

artsoul said...

mmg menyelerakan..terasa lapaq gila skrg ni..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Denanz ... said...

artsoul,
kalau lapaq pi makan. haha.
hang dah tengok ka e-mel yang ke-2 aku hantaq. kalau tak dapat gak, habaq no.

NieZearm said...

sengaja je ko duga iman aku yang setebal kulit bawang ni.

Denanz ... said...

niezearm,
ya ya. memang pun. memang sengaja. heheh.

Zaid@Zaidel said...

Ruginya g permatang pauh time org sambut bestday kat opis....ulang semula boleh...

Denanz ... said...

del,
kita bawa isu ni ke mesyuarat BK. kalau sahibul sama'ah ustaz shahrul luluskan, kita buat "siri makan2 part II". kita tambah menu2 yang tak berapa nak ada hari tu. laksa johor misalnya. setuju?

hans said...

sedapnya...
lapar tul aku tgok...
ko bisnes kek ke?

p/s:2 new posting..enjoy baca yer

Denanz ... said...

hans,
bisnes kek, isteri aku. aku tolong2je.
k. nanti aku tengok ko nyer post baru.