28 August 2008

pada hari kenduri kahwin itu aku hanya bertugas di bahagian belakang walaupun tugas di situ tidak glamor dan tidak perlu berpakaian cantik ...

Hari Sabtu dan Ahad lepas aku sibuk. Ada majlis kenduri kahwin sepupu isteri aku. Sibuk sebab kami masak sendiri. Lebih jimat. Kami bergotong-royong bersama keluarga dan jiran tetangga. Mujur juga isteri aku dan kaum keluarga dia memang cekap memasak. Dari awal persiapan hingga majlis selesai, semua beres. Diorang memang best! Aku respect! 10 bintang*********!
Aku dan sepupu-sepupu bertungkus-lumus di belakang - di bahagian dapur untuk memasak. Antara bekerja di belakang tabir dengan bekerja di bahagian hadapan, yang mana kamu pilih? Di hadapan memang la glamor. Boleh pakai cantik2 sambut dan layan tetamu. Di belakang, kena singsing lengan baju dan kaki seluar. Sebelum masak kena potong dan bersihkan ayam dan daging. Bukannya sikit!

Yang membasuh pinggan mangkuk, bermain dengan minyak, air sabun dan sisa makanan. Sentiasa basah dan lombab. Sampai kecut2 jari tangan!

persediaan nak masak. walaupun tak ramai, tapi ok. semua boleh buat kerja.

ha ... along, lauk bawa ke depan, tetamu dah sampai. abangla pastikan nasi sentiasa penuh.

kiri lauk rakyat, kanan lauk "king one day"

macam pengundi Permatang Pauh jer. tak balik ngundi ker?

mat-mat cuci pinggan. ada bangla. ada indon. myanmar ada jugak. pakistan pun ada!

woit ... salah tempat ni. kalau nak glamor, gi dok depan. jaga tamu. wah ... jaga air pun ok. riileeeekz jer.

wooo! pehhh ... bro t-shirt hitam. patut la lu rajin.

di hadapan boleh glamor, walaupun jaga teloq.

di hadapan, boleh posing2 ngan "king one day"

kek pengantin jadi rebutan sedara-mara. sorang sikit la ye.

kiri: mak pengantin lelaki @ mak mertua pengantin perempuan @ isteri bapa mertua pengantin perempuan @ nenek anak saudara pengantin lelaki @ mak mertua isteri adik pengantin lelaki. kanan: bapa mertua pengantin perempuan @ bapa pengantin lelaki @ suami mak mertua pengantin perempuan @ atuk anak saudara pengantin lelaki @ bapa mertua isteri adik pengantin lelaki.

kat tempat memasak aku jumpa senduk ni. ok lagi ni. jangan buang. membazir.

sewaktu tetamu sedang menjamu selera, langit cerah bertukar rupa. mega berarak ditiup bayu membawa titis2 hujan bersamanya.

aku respect diorang ni. selesai majlis, kawasan memasak pun clear. memang cekap awekz dua orang ni.

23 comments:

182 said...

oit..
bintang ko tu kurang satu la..

hans said...

fuh...
masa ni xper lagi tgok poosting ni
bulan puasa karang mau meleleh air liur tgok nih..
haha3
apa2pun selamat berpuasa bro di bulan ramadhan nih
puasa penuh kay
jgn memonteng plak.
haha3

Denanz ... said...

dik 182,
fuuh! ko punya mata memang tajam wooo. bintang lagi satu, aku dah ambik. haha.


hans,
posting ni akan jadi godaan dan menentukan tahap kesabaran umat islam. haha.
selamat menyambut ramadan juga utk lu, bro.

Ojie said...

182,
iskkk aku dh kata aku gerun ngan ko..
huhu

buat kenduri ye bang? hahaha..best kan bro kalo kenduri ni buat keje sama2..lg meriah..gelak2 sambil buat keje..tpt sy nih pn skrg dh susah nk cari suasana cenggini..ramai pakai katering aje..huhu..

yoshz said...

Cilaka, aku lapar tgk gambar2 ko ni.

[scroll balik naik atas tgk gambar abg t-shirt hitam tu]

benuasuluk said...

Che Nan,
saya pun kebetulan bailik pokok sena cuti sekolah, banyak kenuri kawin. Kalau orang muda macam saya, dok tempat basuh pinggan le best. Tapi sebenaqnya tempat yang paling best di gedohok. woo, boleh cakap macam-macam. haha. Tempat saya masak nasik masih pakai polo, sedap. tapi saya pun syok dok buat kerja kat tempat bro t shirt hitam tu. Belemoih pun takpalah.

Denanz ... said...

jie,
suasana camni, kat kampung masih ada sikit2 lagi. kat tempat memasak yang best. kat bandar semua dah upah katering.


yoshz,
haha gambar abang t shirt hitam. pehh. lu memang.

Denanz ... said...

wan benua,
wooo, kenuri kampung memang syok. dok gedohok la yang best. kena pulak kerak nasi minyak, cicah gulai dagin. ish, melenja ayaq lioq dok teghingat.

woit, baguih punya usya. nak kerja kat tempat abang t shirt hitam jugak ka? ish, belemoih pun takpa. sanggu. sanggup. haha.

Rahimin Idris said...

awek kat bro tshirt itam tu sape? hihihi

Denanz ... said...

min,
mula2 182, pas tu benuasuluk, pas tu lu pulak. wooo ... smua dok kenen yang tu. hihihi.

S.YanaZ said...

Mana gambar En.Nan???
Manaaaaaaaaaa???


Konon amek gambaq pengantin.
Pusing2 tak wat kerja ekk.
Pusing2 dok tmpt memasakkkk, bkn memasakkk cedokkk laukkk.
Cet!

Denanz ... said...

sya,
ish ... abang yg amik gambaq, macam mana abang nak ada dlm gambaq pulak. ish, hang ni.

ya la. kalau abang tak cedok lauk, sapa lagi nak cedok. kan, kan?
jom, bihun sup utara!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

makwe yang baju kurung putih bunga bunga merah tu kalau ada no talipon pass le kat gua..

Amiene Rev said...

saya bimbang...
bimbang kerana...
kena jadi pengapit
masa raya nanti...

azlishukri said...

keduri aku nanti bolehlah ko kerja kat depan pulak..

artsoul said...

dah lama tak makan nasi kenduri..bertahun jgk laaa..

Ayu Hasman said...

whooaa....mane pic jejaka tampan?

Denanz ... said...

pp,
haha. nanti nanti. kita bincang.


amiene,
hah, apa nak bimbang jadi pengapit.


azli,
kenduri kau.
ha, bila ... bila? tak sabar tunggu ni.!


artsoul,
takdak kenduri ka kat kampung.
ish ... rugi.


areyou,
asyik dok amik gambar orang, gambar sndiri takde.
hah.

dzul said...

Berat la tempat basuh tangan tu..dah la angkat dua sekali..

kesian kat awek baju kurung putih bunga2 merah tu..

Denanz ... said...

bro dzul,
hahaaha. gua dah agak.
gambar tu akan jadi perhatian ramai.

Artozy said...

kenapa laa gua bukak entri ni hari pertama kerja di bulan ramadhan ni?

ini suatu penganiayaan!

Denanz ... said...

art,
haha.
ada leleh ke?

bina badan said...

dapatkan panduan bina otot badan lelaki secara percuma disini...