19 September 2008

gula-gula zahari hasib membuatkan saya teringat peristiwa dalam bas sri jaya ...


Semasa mengemas meja kerja yang bersepah, saya ternampak buku puisi Zahari Hasib. Ada sebungkus gula-gula bersebelahan buku itu. Abang Zahari ni selalu juga datang ofis saya. Seperti biasa, dia hadiah gula-gula kpd semua staf. Sebulan sekali dia mesti datang dari Teluk Intan, bawa gula-gula tanda terima kasihnya kpd kami, sblm ziarah anak-anak dan cucu-cucunya. Zahari Hasib ni memang baik dgn saya. Saya kenal dia sejak awal 1980-an. Duit syiling kenang-kenangan Bank Negara banyak la jugak dia hadiah kat saya (dia mantan staf bank negara). Sehingga sekarang pun, sajaknya masih tersiar di akhbar dan majalah.

Kisah yg tak mungkin dilupakan, masa saya baru kawin. Kisahnya, pada suatu hari, setelah sebulan saya berkahwin, saya dan isteri ke Kg Baru. Saya nk ambil barang-barang yg masih disimpan di rumah sewa itu (masa bujang, saya menyewa rumah bersama rakan2 di Kg Baru). Masa balik, kami naik bas ke Chow Kit - bas Sri Jaya. Tambang dr Kg Baru - Chow Kit, 30 sen saja.

Saya dan isteri duduk di tengah sikit, kerusi panjang membelakangkan tingkap. Masa naik ikut pintu dpn, saya perasan ada konduktor bas berdiri di tangga bas. Pakai topi baretta. Tak sampai seminit duduk, saya dengar suara kuat, "Adnan Jamil, Selamat Pengantin Baru!" Sambil berjalan dan angkat tangan, konduktor td dtg dan bersalaman dgn saya. Abang Zahari! Muka saya ... masam-masam manis! Isteri saya tersipu-sipu. Dlm bas tu ramai jugak penumpang. Dan saya perasan, semua mata tertumpu kat kami!

Abang Zahari duduk di sebelah saya. Kami berborak. Ringkas cerita, yg saya sangka konduktor tadi tu la, Zahari Hasib. Kebetulan dia berdiri di dpn, pakai baju biru muda, seluar biru gelap, sebijik konduktor bas, tp dia bukan konduktor. Masa tu, dia penyajak yg dipuja dan digilai remaja kerana sajak romantisnya. Katanya, ada jugak peminat yg ajak kahwin! Yg nk bercinta, tak yah cakap le, banyak!

Bayangkan, dlm bas @ di hdpn khalayak, ada org wish anda dgn kuat, "Selamat Pengantin Baru!" Apa perasaan anda? Saya terfikir, kalau di Barat, mesti semua orang dh bangun dan bertepuk tangan utk kami - standing ovation (mcm dlm tv). Tapi, kita org Malaysia, kan! Orang Melayu. Takkan nk buat macam tu. Tapi apa salahnya, kalau kita pun start buat standing ovation jugak, macam "mat saleh". Seronok, kan!

29 comments:

Anonymous said...

haha. mesti rasa mcam nak turun balik dari bas tu kan??

saya dulu suka jugak sajak2 zahari hasib ni. saya teringat yang pasal selipar kena curi kat masjid. memang menarik.

ps, necek nan, saya dah cuba send melalui email dbp tapi kenapa macam error? ada meail yang lain atau address pos?

ZulDeanz said...

mesti en, Nan berasa bangga kan?

Hajime said...

pergh!
best2!
seb baik aku xde dlm bas tu...
kalau x sure aku suruh ramai2 buat ombak...
ombak!

ijan said...

huh... kalo aku ada kat situ, aku la bg tepok yg paling kuat kat ko...

man_helang said...

waktu tu aku masih bdk hingusan...takleh naik bas sesorang...hu huh

parent aku duk kg baru gak dlu...flat...tah kat mana tak tau plak aku...

poyotito said...

gua yakin itu jam muka lu mesti berseri-seri lain macam kan?

hajime!buat ombak lagi woi!!!!
syuh..syuh...

NieZearm said...

ada tak perasaan nak turun dari bas.. :)

Rahimin Idris said...

zahari hasib? sama minat dia. sajak dia yg pasal cicak tertelan biji jagung tu paling tragis. walaupun bunyinya lucu. dia selalu hantar kad minta lagu kat klasik nasional!

Unknown said...

Nasib baik dia tak cakap,"Best tak?" Mahu malu sampai trauma naik bas punya!

l.i.f.e said...

hahaha..saya rasa apa yg dia buat itu cute...its widely practice by the mat sallehs tu.

perkara2 yang menggembirakan mesti dicanang seluruh dunia kiranya

Don Balon said...

Denan,
aok mesti malu campur terharu maser tu dok?
Kalu koi, koi terus purak-purak pinsan.. hehe

Hajime said...

poyotito's!
yeah!
ombak lagi!
dari kanan ke kiri lak...
ombak!!!

Artozy said...

selamat pengantin baru nan!

(walau aku bukan zahari hasib dan kau bukan baru kawin dan kita bukan dalam bas)

selamat tetap selamat!

182 said...

lagi best kalau masa tu secara kebetulan ada kumpulan kompang dalam bas, confirm tak pasal2 ko bersanding dalam bas..

Denanz ... said...

alin,
haha. kembang kempis juga la hidung. haha.

cuba emel ni: nanbinjamil@yahoo.com.my


zuldean,
oishh ... bangga. apalagi yg mengucapkan kata2 tu penyajak tersohor. haha.

Denanz ... said...

hajime,
oohoho. bestnya kalau dapat tengok ombak tu. ombak ... kiri, kanan, kiri ... ombak. syok!


sultan,
mekasih ... mekasih. ya ... tepuk lagi ...

Denanz ... said...

man_h,
ya ya. budak hingusan takleh naik bas sorang2. haha.


poyo,
memang lain macam. tapi rasa sronok pun ada.

ya hajime ... ombak lagi.

gua dapat rasa/dengar bunyi ombak tu ... ooohhh ... best!

Denanz ... said...

niezearm,
ahh ... masa tu buat muka selamber jer.


rahimin,
sajak2 zahari memang best bro. walau nampak macam jiwang dan bersahaja, sajak dia ada gaya tersendiri. dia ungkapkan kejadian yang berlaku dalam masyarakat dgn bahasa yang cukup mudah.

Denanz ... said...

anuar,
haha. trauma.

*gua tanya lu sekarang: BEST TAK?*
haha.


life,
ya. bila fikir balik, memang best peristiwa tu.

Denanz ... said...

don,
walla. gua memang terharu. tapi takde pulak rasa nak pinsan. haha.


hajime,
(poyotitos) oohhh ... syahdunya. gua dengar lagi suara desir ombak itu. hoho.

Denanz ... said...

art,
yap. selamat!.
*rasa macam pengantin baru, kau. isshh ...*


182,
haha. lagi la aku terharu mendengar paluan kompang sempena persandingan dalam bas tu. haha.

siku lipat said...

heheh. baik punyer kenangan

Ojie said...

hahaha kalo sy ada kt situ, sy bg senyum kambing aje kat abg n kak..huhu

Denanz ... said...

siku,
ya. kenangan abadi yg cukup indah bila dikenangkan kembali.
terima kasih. datang lagi.


jie,
haha hihi. masa tu kami pun senyum. tapi tak tau nak kata senyum apa ntah. harhar.

Amiene Rev said...

Hayakallah,

Bauh mggnis, my fvuoitre.

Anonymous said...

Denanz,

Pak Zahari satu-satunya Lelaki Melayu Terakhir Abad Ini Yang Masih Mempunyai Nilai Kemanusiaan yang Tinggi.

Aku terhutang terima kasih dan gula-gula kepadanya...

Denanz ... said...

amiene,
ya. buah-buahan tempatan memang sedap. selamat hari raya.

Denanz ... said...

ritah,
dia seorang lelaki pengenang jasa. lelaki yang menghargai kita walau hanya beberapa biji gula2.

nota untuk Syiah said...

pak zahari hasib dengan gula2nya.

suatu hubungan istimewa dan kenangan yang manis buat semua!