

Popia goreng ini dibeli di pasar ramadan. Setelah azan maghrib berkumandang menandakan sampai waktu berbuka, saya capai sebiji popia. Saya gigit. Tak berapa rangup. Dah separuh liat. Saya rasa macam gigit roti canai garing semalam. Terus saya tak berselera. Saya patahkan popia sebiji lagi. Di dalamnya saya nampak rongga2 macam terowong SMART. Darah saya semakin panas. Ada sebiji lagi popia. Saya buka gulungannya.
Pehhh! Macam haram. Bahan-bahan yang diletak di dalamnya: ada dua hirisan kecil carot, beberapa hirisan kecil kobis, dan selebihnya hirisan bawang besar yang dipotong kecil. Kalau dikumpulkan semua bahan tu, hanya cukup untuk melekat di celah2 gigi saya saja.
Dalam hati, saya maki hamun orang yang buat popia tu. Saya tahan perasaan, sebab sedang menghadap rezeki bersama-sama keluarga. Tergamak sungguh, buat dan jual makanan macam ni. Mana nak datang berkat hasil jualan, kalau semua orang yang beli menyumpah seranah dan tak halalkan wang yang dibayar? Anak saya yang berumur sepuluh tahun terus tanya saya: "Ayah, halal ke orang yang jual benda macam ni?" Saya faham maksudnya. Saya kata: "Kalau kita yang beli dan tak halalkan duit yang kita bayar tu, sebab kita tak puas hati, rezeki hasil jualan dia pun tak halal jugak."
40 comments:
Fuyoo saya pengomen pertama hari ni. Setakat tahun ni saya belum terkena lagi. Semua line clear. Saya popia kering ni tak brapa jalan. Mengkalau popia basah hah mentua pun tak bagi tumpang. Haha.
k.l memang macam2 taktik bang. hampas kelapa boleh buat inti lagi. kat jerantut ni buat baja je.
saya tak boleh duduk k.l. tak sanggup. arus hidup deras sangat!
kalau bole elak la pergi pasar ramadhan ni. beli kat orang yg memang jual kuih tak kira la bulan ape pun...
suluk,
popia kering, popia basah, memang ada yang sedap. tapi, kalau makan ingat mak mentua, lagi berkat. tak gitu ka?
min,
betul. kl banyak dugaan. jangan kata hampas kelapa, buah-buahan, macam durian, dah busuk pun jual jugak. jerantut lain la. durian fresh buat tempoyak. kan?
niezearm,
ada penjual yang memang betul berniaga cari rezeki halal. yang macam haram ni, yang tumbuh hanya pada bulan puasa. pentingnya keuntungan, tanpa memikirkan keberkatan.
wahh... marah sangat tu...
Emak & isteri saya masak, siap tapaukan untuk jiran lagi. Isteri terus telefon mamanya, "Nak buat popia nanti, Kak Long dah pandai buat." hehe
haih..dah bandar namanya bro..untung kilat..masa bulan ramadhan ni la buat mcm tu..ermm..haritu..aku kena jugak..popiah mcm hang..bape kerat ajela sayur2 dlm dia..rasa pun mcm hampeh..tp dah beli...kena abiskan..x elok pembaziran..amalan syaitan tu namanya..manusia2...
zulde,
memang marah, tapi nak buat camna. takkan nak pi mengamuk kat orang tu. nati tak pasal2 pulak kena ISA. haha
nuar,
cantik le tu. tapau untuk kengkawan kat majalah skali. boleh?
kadok,
ye la. rasa macam hampeh. bagi kat kucing pun kucing lari. makan nasi jer la. kenyang.
haha. en nan macam csi pulak.. :)
erm. tapi, laparlah pulak bila tengok gambar popia nih.. :)
kalau dia jual 10 sen ker 20 sen kira ok lg..tp kalau macamtu dia jual 40 sen, memang mengharapkan makian dari orang ramai la..
kl..peniaga dia tak tau datang dr ceruk mana..nak untung je..
kalau kt pekan kecik mcm binjai,kemaman nih ok sbb peniaga org kampung situ la jugak.yg mmg memasing dah kenal..kalau buat mcm nih..teruk sgt la meniaga sesama org kg..
nak buat cmnerr...
Rileks le bro Nan.. Biasala2.. NK sedap baik wt sendiri lg puas hati.. tul x?
alin,
csi? haha.
sabau ye. tak lama lagi azan.
182,
memang berkontena2 la dia dapat makian percuma. haha.
bro dzul,
kuih buatan tangan org kampung memang best. diorang buat utk jual macam nak makan sendiri. berkat. tapi kat kl, memang ntah sapa2 yang buat. indon ke bangla. janji masyuk. bangsat!
anon,
iyo la. nak buat camne. cam haram.
creatiz,
wei ... lu tetiba jer muncul. pekaba? ada apa2 perbezaan. haha. welcome 2 blogger world!
qaseh baru skali pegi bazar ramadhan menjak puasa ni..x sanggup nk beli makanan kat situ..da la mahal, x sedap pulak..asal makan mesti nk complain..
baik qaseh masak sendiri..sambil2 blaja masak..best jugak..
mlm ni nk buat popia lah..
bro...aku perabih tujuh ringgit nak beli sayur togeh n seketul aym masak pedas yg takde rasa langsung...tawar haben mcm air kosong...nak marah tak leh...bedal jek lah...skang mkn masakan mak kat umah...huh..puas hati...
qaseh,
a'ah. barang beli ni memang, asal makan jer mesti ada yang tak kena.
ish ... jauh la pulak. kalau tak boleh numpang makan popia qaseh. mesti sedap, kan?
alahai ... lum kol 5 lagi. sabo.
man_h,
memang berangin 1 ayam & togeh 7 henget. cekik leher betul.
pepehal, masakan mak memang best!
emm nie lah peniaga sekarang mementingkan duit dari kualiti...
sbb tuh tak suka beli popia,,lbh suka buat sendiri,,hehehe
ada jugak org buat cucur badak.. inti dalam guna hampas kelapa...
hangin!
generasi,
dia sepatutnya jaga kualiti dulu. bangang betoi.
ira,
ha, buat lebih sket. tingin gak nak rasa ira punya popia.
tasik,
yap ... memang hangin. apa rasa kalau dah guna hampas kelapa. kesian kat badak, kan.
pegi bagitau diorang, hampas klpa tu hantar kat rahimin. org kg dia nak buat baja.
Denanz,
Opah aku pesan kalau bulan posa jangan nak beli-beli makanan. Depa memang tunggu time ni nak tibai pembeli.
Aku dah tiga tahun boikot seorang makcik yang menjuai kat Bazar Ramadan dekat rumah aku atas kesalahan jenayah terancang ala-ala cerita hang tu. Puaih la dia panggil aku singgah. Tapi aku katakan "NO WAY" kat diri aku dan dia.
Kesian jugak aku tengok dia, tapi aku lebih kesiankan diri aku yang "Tipah Tertipu" ni angkara nafsu serakah dia nak duit raya berjuta-juta lemon ...
ta,
betoi la. aku pun, mula hari tu besumpah (di rmh aku la, bukan d masjid) tak mau bli popia kat makhluk lahabau lahanat tu lagi.
ni aku dok tungu popia drp qaseh dan ira. tasikm, alinaabd, ojie kalau buat popia, pas2 le kat aku. guna pos laju pon boleh.
*harharhar*
(mcm la kempunan sangat tak dapek popia)
huhu3
biasa la manusia skrg fikir untung jer....
tapi diorang xsedar kalau jual makanan tu dgn betul2 keberkatan diorang dapat tu sangat banyak.....
macam tmpt aku...
ada sorang penjual nasi nih dia jual xmahal tapi banyak n memang sedap.,..
sedar2 dah berapa kali dah pegi umrah n wat haji
berbanding yg jual mahal tapi sikit jer dia letak...xpenah2 langsung wat umrah apatah lagi haji
so,fikir2kan
kat bandor memang camtu lah gayanya.
walaupun tak semua macam tu.
mahal tak padan ngan barang.
nak naik haji cepat gamaknya...
hans,
memang pun. penjual kena pikir, biar untung sikit tapi berkat. untung sikit pun kalau banyak org beli, jd banyak juga.
poyotito's,
naik haji pun tak guna bro, kalau hasil yang dikaut tak berkat.
emm..byk je kes sebegini blaku kat bzr rmddhn...hmm..tp kalau dpt yg btol2 ikhlas, mesti makanannye sdp..dan mantap..:)
Salam,
Nan, kita kena banyak bersabar dalam bulan ramadhan ini. Itu ujian Allah. Kepada penjual tu, biarlah Allah sahaja yang membalasnya.
(: Banyakkan senyum. he he
emm ... ya. kalau dpt yg btul2 buat utk berniaga, utk dptkan rezeki halal, memang ok.
kak ton,
tu la. bulan pose ke, bulan x pose ke, kita kena sentiasa bersabar.
*saya sedang senyum skrg ni. hehe. :)))
princess,
kes2 kat bzr ramadan ni patut dibukukan, pas tu jual kat bazar ramadan gak. setuju? haha.
Sabor denan..
sebab koi tu jarang amat masuk bazar ramadhan..
banyok bidan terjun je menége..
koi kalu cari air tebu contohnyer koi cari brader yang memanc hari2 menége tebu.. kuih pun gitu le jugek..
Anyway..
orang umoh koi doh brenti keje bulan feb tahun ni..
seroh ke die je la masak.. :)
don,
ye sungguh. banyak yg benege bidan terjun. ntah apa2 rasa kuih.
kalau orang umoh yg masak apa ada hal. memang tak sedar diri buka pose.
harharhar! ingatkan gua jer kena, braderpun kena gak. rasai lu!
peniaga2 jahanam cam tu memang ramai. janji untung, kira apa! lu dah beli, dah. lu nak bising, maki hamun, sumpah laknat kat masjid atau haramkanpun tak kisah!
gayour,
harharhar. apo nak dikato.
sebonar ey, ado soang brader tu jual popia. memang sodap gilo popia dio. tetiba lak hari tu dio tak jual. boli gak la dokek penjual laen. haeih ... menyosal den.
Enche Nan,
lain kali beli satay ayam.
Akan dpt ayam, tak dapat lobak dua hiris,konpemmm!
",
uhuhu..setuju 2!smbl angkt tgn..kita harus bukukan;p
bro. emel dbp macam dah penuh aja. ada emel lain yang boleh saya guna nak hantar artikel?
sya daling,
apa barang sate ayam.
baik kari kambing. dapat kambing tak mandi. ok?
princess,
ok. kita kumpul semua kes. kita buat buku bersama ek!
alin,
cuba: nanbinjamil@yahoo.com.my
Post a Comment