17 April 2009

hari ini 17 April genaplah 11 tahun ...


Anak lelaki saya yang suka melukis tu, genap umurnya sebelas tahun hari ni. Banyak lukisannya yang terbaru. Tak sempat saya nak scan. Esok dia akan mewakili sekolah dalam pertandingan melukis sempena Karnival Seni.

Nak bagi hadiah apa ye?

"HAPPY BIRTHDAY, ADIK"

Ayah, Mama & Kakak sentiasa mendoakan kejayaan Adik.
Sayang Adik.

setelah 50 hari berlalu ...

Hari ni genap 50 hari saya membiarkan blog tanpa catatan. Ada rakan-rakan, termasuk Marsli N.O dan Zuldean telefon dan tanya saya , apa hal blog kau tergantung? Ha ha. Bro Pyanhabib, Benuasuluk, Azlishukri dan Zaid zaidel pun tanya perkara yang sama. Hari ni saya akan mencoret kembali. Tiada catatan dalam blog saya, tidak bermakna saya tidak membaca blog anda. Cuma saya tidak meninggalkan komen. Saya masih di sini ...

26 February 2009

antara 12 dengan 20


Saya: Apasal kau tak suka no 12?
Joe: Cerai.
Saya: Oooo.
Joe: Kau suka no berapa?
Saya: 20.
Joe: Why?
Saya: Kekal dan bahagia.
Joe: Ooooo. Tahniah!
Saya: Terima kasih.

Alhamdulillah.
(Ya, semalam saya cuti. saya dan kekasih saya, kami macam baru kahwin. hahaha)

21 January 2009

saya sibuk, sibuk sungguh, sungguh sibuk


1. Lama tak update. Sungguh. Saya memang sibuk. Sibuk sungguh. Sungguh sibuk.

2. Minggu lepas saya hantar anak sulung balik ke asrama. Saya hantar dia balik ke sebuah IPT nun di utara negeri darul ehsan. Saya memandu sendirian tanpa ditemani isteri. Saya terpaksa cuti pula hari tu. Pendaftaran buat hari bekerja. Alangkah elok, alangkah baik, alangkah pandai, alangkah tidak "bodo" kalau pihak berkenaan minta pelajar mendaftar hari Sabtu atau Ahad. Mak bapak pun senang. Yang bekerja makan gaji taklah susah susah nak ambil cuti. Yang bekerja sendiri taklah terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada hari itu. Yang kerja secara sambilan @ kontrak dah la tak ada gaji hari tu. Inilah yang benuasuluk kata "bodo macam papan".

Lagi sekali "bodo macam papan" sewaktu proses pendaftaran masuk ke asrama. Anak saya dah beratur panjang menunggu giliran untuk ambil kunci bilik. Sampai giliran, "pegawai" yang jaga pendaftaran kata tak boleh daftar sebab slip bayaran yang ditunjukkan tidak ada cop. Anak saya dan kawan2 yang tak ada cop pada slip kena pergi semula ke dewan pendaftaran untuk dapatkan cop daripada "pegawai cop" di sana. Kena la depa menapak ke dewan yang sedap sedap berjalan di bawah sinaran mentari tu. Memang "bodo macam papan". Masa daftar kemasukan tadi kenapa tak beritahu, atau terus saja cop pada slip tu. Lepas "pegawai cop" menjalankan tugasnya cop pada slip bayaran, budak2 tadi kena menapak balik semula ke tempat pendaftaran asrama, dan beratur lagi untuk jumpa "pegawai daftar asrama" kerana nak dapatkan kunci bilik asrama. Memang "bodo macam papan".

Kalau tak ada cop pun, slip bayaran tu dah terbukti menunjukkan yang bayaran telah dibuat. Nama IPT dan no akaun IPT pun tertera pada slip bayaran tu. Apa salahnya "kau" ambik jer slip tu. "Bodo macam papan".

Untuk ceritera "bodo macam papan" sila layari: benuasuluk.blogspot.

30 December 2008

apabila bunga kembang berseri-seri ...



Pagi. Aku dengan Joe. Minum kat warung. Aku teguk teh panas kaw. Joe teguk teh "o" nipis suam kurang manis.

Joe: Kau baca paper semalam?

Aku: Emmm. Apsal?

Joe: Baca tak cerita anak2 tak sekolah sebab bapa tak mampu?

Aku: Baca. Kesian ek!

Joe: Kepala bana kau, kesian! Menyampah! Bebulu, aku!

Aku: Woit! Apsal bebulu lak?

Joe: Kau tak tengok gambar tu. Tak mampu, tapi anak bederet2. Siap ada baby lagi kat riba bini dia.

Aku: Dah subur. Nak buat camne?

Joe: Aahhh! "Settle luar" la.

Hahaha.

(gambar hiasan: gua rembat dari blog gayour. mintak maaf datuk. anak cucu minta izin guna gambar ni utk hiasan entry)

17 December 2008

di sebuah gerai makan malam itu



Malam. Aku dengan Shah singgah di sebuah gerai tomyam.

Gadis pelayan cantik: "order, bang."

Aku: "sekejap ye."

Shah: "bagi Memo!"

01 December 2008

hari ini bertanam jagung, esok kita menuai padi ...

Hari Kamis yang lalu, dalam senyuman gembira, Zaidel (rakan setugas) melambai saya. Kemudian, dia menunjukkan sekeping surat rasmi dari jabatan. Setelah membaca, saya pun senyum.

"Tahniah." Saya kata.
"Terima kasih." Zaidel jawab.

Patutlah Zaidel seronok. Dia diarahkan bertugas di Sarawak. Dia dapat balik kampung. Dia dapat sentiasa di sisi keluarga tercinta.

Pada hari Jumaat yang lalu, kami mengadakan majlis perpisahan untuk Zaidel dan Kak Jamilah. Kak Jamilah akan bersara pilihan. Dalam urusan pentadbiran, Kak Jamilah memang banyak pengalaman. Selepas persaraan, Kak Jamilah telah pun ada perancangan sendiri. Dia memang telah bersedia untuk meneruskan perancangan itu bersama-sama suaminya. Semoga dia akan berjaya.

Yang pasti, laksa Kak Jamilah memang sedap!




Gambar bawah, yang bertudung ungu, Suria namanya. Gambar2 di sini guna kamera handphone dia la. Terima kasih, Su.

17 November 2008

hasil kreatif anak lelaki saya ...

Kisahnya. Anak lelaki saya. Tahun ni umurnya 10 tahun. Darjah 4A. Hobi: Melukis. Buku kosong yang saya bekalkan kat sekolah, memang jadi bahan lukisannya. Belum lagi contengan di kertas A4. Kertas lukisan memang banyak saya bekalkan. Memang saya beli untuk dia conteng. Semuanya saya simpan. Dia mula melukis sebelum masuk sekolah lagi. Saya paparkan di sini antara lukisan daripada buku kosongnya. Yang lain, yang terbaru, akan saya paparkan kemudian.

Siri Final Fantasy ...



Tentang orang bercinta ...


Aksi membara ...


Ala-ala karikatur ...


Masa awal2 iklan ni kat tv ...


Yang ini lukisan tahun lepas rasanya ...


Ini pun tahun lepas juga ...


Komik pun dia buat. Ada lagi sambungan tapi saya tak upload kat sini.

13 November 2008

saya memang berdebar menunggu detik 10.30 hari ini ...


Sejak semalam, saya berdebar. Mulanya saya tak rasa apa-apa. Tapi makin dekat, debaran makin terasa. Hari ni, debaran itu semakin memuncak.

11.00 pagi. Inilah masanya.

Deringan telefon membuatkan saya tersentak. Isteri saya telefon.

"Hello, bang!" Nada suaranya macam cemas. Ada esakan tangisan.

"Macam mana?" Saya tanya, tak sabar-sabar lagi.

"Telefon dia sekarang," kata isteri saya dalam esakan.

Saya terus menelefon anak saya di sekolah.


"TAHNIAH, SAYANG. I LOVE U."

Anak perempuan saya yang menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini mendapat 5A.

ALHAMDULILLAH!

SYUKUR YA ALLAH!

TERIMA KASIH, TUHANKU!

07 November 2008

inilah contoh tugasan saya sewaktu kursus singkat anjuran medium books & consultancy


Minggu ni saya mengikuti kursus singkat tentang perekaan newsletter anjuran Medium Books & Consultancy. Antara penceramahnya ialah Profesor Madya Dr. Mus Chairil. Beliau ni pakar dalam bidang reka bentuk. Dalam tempoh yang singkat itu, kami seramai 27 peserta dari pelbagai jabatan seluruh Malaysia ditugaskan membuat "assignment" secara berkumpulan dan individu.

Bagi tugasan individu, kebanyakan peserta membuat reka bentuk dan reka letak newsletter yang diterbitkan oleh agensi masing-masing. Tapi saya tidak berbuat begitu sebab newsletter di tempat saya bekerja telah ada pegawai yang menanganinya. Jadi, saya telah menghasilkan satu contoh kulit buku seperti yang saya paparkan di sini. Buku yang saya gambarkan itu adalah tentang hiasan dan reka bentuk kek yang dihasilkan oleh "kekasih" saya (kekdehanz.blogspot).

Agak-agaknya, boleh ke buku ni menjadi "best seller"?

30 October 2008

alam remaja yang indah kembali berlegar dalam resah mimpiku sewaktu semilir bayu dingin membelai tubuh lantas meronakan kenangan ke laman kasihmu ...


Bukan niatku mencungkil kisah lalu. Wajah ayumu sentiasa dalam lipatan kenangan. Di hadapanmu, wajah mulus yang mencerna bahagiaku, emosiku sentiasa tersentuh. Keakraban persahabatan bukan bererti kita dapat bersama selamanya. Aku pasrah menerima ketentuan takdir. Pertemuan semula, setelah sekian lama hati sering menangis meratap perpisahan, adalah saat indah yang mengembalikan nostalgia. Hatiku, hati seorang lelaki yang keras dan tidak mudah mengalah, cair dalam segar lunak suaramu ...

.
.
.

22 October 2008

sudiro sukiman sahabatku, selamat bersemadi ...


Hari Jumaat, 17 Oktober 2008 yang lalu, jam 3.00 petang saya menerima berita sedih. Kawan baik saya, Sudiro Sukiman telah kembali menemui Tuhan Yang Esa. Saya mengenali arwah semasa kami sama-sama terlibat dalam teater kanak-kanak dulu, sementelah pula, sebelum berpindah ke Subang, dia tinggal di penempatan yang sama dengan saya.

Sebelum bulan Ramadan yang lalu, saya menelefon allahyarham, bertanya kabar dan saya beritahu bahawa saya akan ke rumahnya dalam masa sehari dua lagi. Masa "sehari dua" yang saya katakan itu pun tiba. Pagi. Saya menelefon allahyarham sekali lagi. Dia menjawab panggilan saya. Katanya, "Nan, kau tak payah le datang rumah aku. Aku nak balik rumah mak aku ni. Dah lama pun, aku tak balik. Kita jumpa kat sanalah, nanti."

"Okey lah," jawab saya.

Malam. Saya telefon allahyarham untuk memastikan yang dia sudah berada di rumah emaknya. "Aku belum sampai," katanya.
Sejam kemudian, ada suara orang memberi salam di muka pintu rumah saya.

"Diro! Kata kau belum sampai. Tetiba jer dah ada kat sini."
"Aku dah sampai siang tadi lagi. Saja tak telefon kau," katanya dalam senyuman. Mengiringinya, anak saudaranya, Fendi.
"Sepatutnya aku ke sana ziarah kau. Kau kan tak sihat. Ni, kau pulak datang rumah aku!"
"Sori la. Bukan aku tak bagi kau datang rumah aku. Rumah aku tu, jauh. Susah kau jer nak pegi sana, " kata allahyarham.

Kami berbual. Dia menceritakan kesusahan dan keperitan yang ditanggung sejak akhir-akhir ini. Terpaksa berulang-alik mencuci darah di hospital. Biaya untuk mengubat penyakitnya pun agak banyak. Badannya susut, kurus. Berjalan pun berhati-hati. Di pinggangnya, ada kantung air dan salur tiub yang menembusi perut yang terpaksa di bawa ke mana saja dia pergi. Tapi, air mukanya sentiasa ceria. Gurauannya seperti biasa. Ada-ada saja selorohnya. Dan Fendi, anak saudaranya itu pun sudah mengikut jejaknya - dalam percakapannya ada gurau senda. Lama juga kami berbual sebelum allahyarham memohon untuk balik ke rumah emaknya yang tidak jauh dari rumah saya.

Minggu ke-2 Syawal, anak saya menjemput kawan-kawannya berhari raya di rumah. Fendi juga datang.
"Mana uncle," tanya saya kepada Fendi. Uncle adalah panggilan untuk allahyarham.
"Uncle kat Subang. Sepatutnya saya balik ambik dia ni. Tapi motor saya rosak, accident," jawab Fendi sambil menunjukkan luka-luka di badannya. "Bila motor dah siap repair nanti, saya balik ambik dia."
"Bawak dia datang sini," pesan saya. Fendi angguk.

Lepas itu saya tidaklah menelefon allahyarham, kerana memikirkan bahawa beberapa hari lagi Fendi akan membawa allahyarham balik ke rumah emaknya. Dan dia pasti akan datang ke rumah saya. Sehinggalah hari Jumaat lepas, saya mendapat berita sedih itu ...

Allahyarham dulu pernah berlakon dalam siri "Rumah Kedai" dengan memegang watak Tapa. Sehingga akhir hayatnya, allahyarham masih meneruskan khidmatnya melatih generasi muda dalam bidang teater.

Diro - selamat bersemadi di sisi Tuhan Yang Esa. Doa kami, semoga engkau di tempatkan dalam kalangan insan beriman dan diredai Tuhan. Amin.

(sumber foto: Berita Harian)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20081018005820/Article/

14 October 2008

ayah ... boleh saya pinjam sepuluh ringgit ...


Saya dapat kiriman e-mel daripada seorang rakan sepejabat, Sdr Wan Mohd Safuan Wan Ahmad. Cerita asal saya tidak tahu daripada siapa, tapi saya mohon kebenaran untuk saya siarkan dalam blog ini. Cerita ini saya edit sikit-sikit. Semoga menjadi renungan kita bersama.

Malam. Hampir pukul 10. Seorang ayah pulang ke rumah dalam keadaan letih. Kepulangannya disambut oleh anaknya, Amin yang berusia 10 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, Amin bertanya ayahnya.

Amin: Ayah ... ayah ... boleh Amin tanya?
Ayah: Hmmm .... nak tanya apa?
Amin: Ayah ... berapa pendapatan ayah sejam?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya gaji ayah? (Si ayah mula meninggikan suara).
Amin: Maafkan Amin, ayah. Amin saja nak tahu. Kalau boleh, tolonglah beritahu Amin? kata Amin sambil tunduk kerana takut melihat ayahnya yang sedang marah.
Ayah: 20 ringgit sejam. Kenapa nak tahu? (Si ayah meninggikan suara lagi).
Amin: Oh ... 20 ringgit. (Perlahan suara Amin. Dia tunduk dan bermuka sedih).
Amin: Ayah ... boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit daripada ayah? (Amin memandang muka ayahnya dengan harapan).

Si ayah mula berang dan berkata, "Oh, itu sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak minta duit! Nak beli mainan lagi?? Ayah penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir, ya! Sudah, pergi masuk tidur! Dah pukul berapa ni!"

Amin terdiam. Dia sedih dan hampir menitiskan air mata. Perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya meminta duit 10 ringgit. Tidak lama kemudian, Si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah. Sebelum ini anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu.

Dengan rasa kesal dan bersalah, Si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Amin masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah ... ambil ni."
Si ayah mengeluarkan duit merah. Amin bangun dan dengan tersenyum girang mengambil duit itu daripada ayahnya. "Terima kasih, ayah! Nanti bila Amin ada duit, Amin akan ganti."

Kemudian, Amin mengangkat bantalnya dan mengambil duit 10 ringgit yang sudah kusam dan renyuk terhimpit bantal. Apabila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi, sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit tu?"

Amin tunduk ... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dengan linangan air mata, dia menerangkan, "Duit ni Amin kumpul. Duit belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab Amin tak cukup duit." Amin terhenti bersuara sambil teresak.

"Tak cukup duit nak beli apa?" jerkah Si ayah lagi.
"Ayah ... sekarang Amin dah ada 20 ringgit. Nah, ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah. Amin rindu belaian dan suara ayah,” jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya.

08 October 2008

puasa sunat syawal yang pahalanya bersamaan dengan sebulan berpuasa pada bulan ramadan



Hari ini, 8 Syawal. Hari ini juga merupakan hari raya bagi sesiapa yang berpuasa sunat Syawal. Sejak zaman sekolah dulu-dulu, uztaz, ustazah, tuk guru (dan cikgu-cikgu (cikgu s.yanaz?)) dah bagitau banyak kali. Puasa sunat Syawal yang enam hari ni, pahalanya bersamaan dengan berpuasa selama sebulan bulan Ramadan.

Jadi, ada juga kawan-kawan yang berseloroh buat kelakar, jika dia berpuasa sunat 6 hari pada bulan Syawal tahun ini, maka pada tahun hadapan dia tidak perlu berpuasa pada bulan Ramadan.

Ada juga yang buat perkiraan macam ni: sepanjang bulan Syawal, dia dapat menunaikan 4 kali puasa sunat (setelah 6 hari puasa, raya 1 hari dan ulang berpuasa lagi 6 hari). Jadi, dia tidak perlu berpuasa Ramadan bagi 4 tahun yang akan datang.

Suku sakat yang lain kata macam ni pulak: dia tak berpuasa pada bulan Ramadan, sebaliknya hanya berpuasa sunat Syawal 6 hari saja. Dia dah dapat pahala sebulan bulan Ramadan.

Ho ho. Jadi:

RENUNG-RENUNGKAN!

DAN ...


SELAMAT BERAMAL!

22 September 2008

petang yang ceria di tepi sungai kampungku ketika li sengau berteka-teki tentang buah ...


Kawan aku, namanya Ramlee. Bukan P Ramlee. Bukan L Ramlee. Ramli Sarip jauh sekali. Tapi kami panggil dia Li Sengau. Tentulah sebab percakapannya sedikit sengau. Memang dari kecil macam tu. Tapi dia tak kisah orang gelar dia macam tu.

Satu hari, kat tepi sungai di kampung: Aku, Leman Pau, Keri Misai, Din Mekanik dan Li Sengau borak2. Masing2 keluarkan cerita. Li Sengau pun ada cerita. Selalunya cerita dia macam tak best. Tapi kami dengar juga. Ambik hati dia. Kali ni Li Sengau bagi teka-teki.

"Korang cuba bagitau aku 10 jenis buah yang mula huruf N," kata Li dengan bangganya.
"Eleh ... 10. Senang jer. Oii, bagi teka-teki lain la." Keri Misai kata.
"Ye lah. Senang sangat la. Tak mencabar minda langsung," sampuk Leman Pau.
"Kalau senang, apa dia. Cakap cepat!" desak Li Sengau.

Kami masing-masing pun menamakan buah-buahan yang bermula dengan huruf N.

Nangka
Nanas
Nam-nam
Nona
Nipah
..............

Kami semua buntu. Tak ada lagi rasanya buah yang mula dengan huruf N.

"Wei ... mana ada lagi. Kau bagitau kami." Din Mekanik tak puas hati. Kami yang lain angguk2 tanda setuju.
"Apa la korang. Itu pun tak tau." Li mendabik dada. Berlagak pulak dia.
"Cepat bagitau kami." Aku kata.

Dalam nada suara sengaunya, Li berkata:

Nambutan!
Nangsat!
Nanggis!
Nempedak!
Nurian!

Ketawa kami berhamburan memecah hening petang itu. Hampeh betul Li Sengau! Terkena kami petang tu. Mentang2 la kau sengau!

19 September 2008

gula-gula zahari hasib membuatkan saya teringat peristiwa dalam bas sri jaya ...


Semasa mengemas meja kerja yang bersepah, saya ternampak buku puisi Zahari Hasib. Ada sebungkus gula-gula bersebelahan buku itu. Abang Zahari ni selalu juga datang ofis saya. Seperti biasa, dia hadiah gula-gula kpd semua staf. Sebulan sekali dia mesti datang dari Teluk Intan, bawa gula-gula tanda terima kasihnya kpd kami, sblm ziarah anak-anak dan cucu-cucunya. Zahari Hasib ni memang baik dgn saya. Saya kenal dia sejak awal 1980-an. Duit syiling kenang-kenangan Bank Negara banyak la jugak dia hadiah kat saya (dia mantan staf bank negara). Sehingga sekarang pun, sajaknya masih tersiar di akhbar dan majalah.

Kisah yg tak mungkin dilupakan, masa saya baru kawin. Kisahnya, pada suatu hari, setelah sebulan saya berkahwin, saya dan isteri ke Kg Baru. Saya nk ambil barang-barang yg masih disimpan di rumah sewa itu (masa bujang, saya menyewa rumah bersama rakan2 di Kg Baru). Masa balik, kami naik bas ke Chow Kit - bas Sri Jaya. Tambang dr Kg Baru - Chow Kit, 30 sen saja.

Saya dan isteri duduk di tengah sikit, kerusi panjang membelakangkan tingkap. Masa naik ikut pintu dpn, saya perasan ada konduktor bas berdiri di tangga bas. Pakai topi baretta. Tak sampai seminit duduk, saya dengar suara kuat, "Adnan Jamil, Selamat Pengantin Baru!" Sambil berjalan dan angkat tangan, konduktor td dtg dan bersalaman dgn saya. Abang Zahari! Muka saya ... masam-masam manis! Isteri saya tersipu-sipu. Dlm bas tu ramai jugak penumpang. Dan saya perasan, semua mata tertumpu kat kami!

Abang Zahari duduk di sebelah saya. Kami berborak. Ringkas cerita, yg saya sangka konduktor tadi tu la, Zahari Hasib. Kebetulan dia berdiri di dpn, pakai baju biru muda, seluar biru gelap, sebijik konduktor bas, tp dia bukan konduktor. Masa tu, dia penyajak yg dipuja dan digilai remaja kerana sajak romantisnya. Katanya, ada jugak peminat yg ajak kahwin! Yg nk bercinta, tak yah cakap le, banyak!

Bayangkan, dlm bas @ di hdpn khalayak, ada org wish anda dgn kuat, "Selamat Pengantin Baru!" Apa perasaan anda? Saya terfikir, kalau di Barat, mesti semua orang dh bangun dan bertepuk tangan utk kami - standing ovation (mcm dlm tv). Tapi, kita org Malaysia, kan! Orang Melayu. Takkan nk buat macam tu. Tapi apa salahnya, kalau kita pun start buat standing ovation jugak, macam "mat saleh". Seronok, kan!

16 September 2008

kalau nak kaut untung pun, jangan la cekik darah umat islam yang sedang menjalankan ibadah puasa ...



Popia goreng ini dibeli di pasar ramadan. Setelah azan maghrib berkumandang menandakan sampai waktu berbuka, saya capai sebiji popia. Saya gigit. Tak berapa rangup. Dah separuh liat. Saya rasa macam gigit roti canai garing semalam. Terus saya tak berselera. Saya patahkan popia sebiji lagi. Di dalamnya saya nampak rongga2 macam terowong SMART. Darah saya semakin panas. Ada sebiji lagi popia. Saya buka gulungannya.

Pehhh! Macam haram. Bahan-bahan yang diletak di dalamnya: ada dua hirisan kecil carot, beberapa hirisan kecil kobis, dan selebihnya hirisan bawang besar yang dipotong kecil. Kalau dikumpulkan semua bahan tu, hanya cukup untuk melekat di celah2 gigi saya saja.

Dalam hati, saya maki hamun orang yang buat popia tu. Saya tahan perasaan, sebab sedang menghadap rezeki bersama-sama keluarga. Tergamak sungguh, buat dan jual makanan macam ni. Mana nak datang berkat hasil jualan, kalau semua orang yang beli menyumpah seranah dan tak halalkan wang yang dibayar? Anak saya yang berumur sepuluh tahun terus tanya saya: "Ayah, halal ke orang yang jual benda macam ni?" Saya faham maksudnya. Saya kata: "Kalau kita yang beli dan tak halalkan duit yang kita bayar tu, sebab kita tak puas hati, rezeki hasil jualan dia pun tak halal jugak."

12 September 2008

jangan risau sekiranya anda hanya ada kepala kucing kerana kini ada perkhidmatan badan kucing tetapi berhati-hati nanti kepala kucing pun kena ketuk




kata orang, sekeping gambar menceritakan 1000 makna. jadi, aku tak perlu catatkan apa2 lagi bagi dua keping gambar di atas.

*aku nak ke masjid*

05 September 2008

kembalinya seorang tokoh ...


Petang semalam, A. Samad Ismail atau lebih dikenali dengan Pak Samad telah kembali ke rahmatullah. Bersama-samalah kita mendoakan kesejahteraannya di alam akhirat. Semoga allahyarham di tempatkan bersama-sama golongan yang diredai Tuhan. Al-Fatihah.

Sila layari: http://luahanrasa-zaid.blogspot.com/2008/09/belasungkawa-asamad-ismail.html