Kawan saya, tilano_j namanya, e-mel sebuah cerita. Saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kpd kawan2 saya, sbb kalau ada cerita, mereka mesti berkongsi dengan saya. Cerita ni, kalau dah pernah dengar atau pernah baca di mana-mana, tak apa, layan la juga. Kisah ini tentang perjalanan berkereta di lebuh raya. Cerita ini saya olah semula. Potong sini tambah sana, bubuh garam campur gula, tambah cabai Melaka,
supaya sedap dibaca. Namun, kesimpulan dan iktibarnya (jika ada) tetap sama. Seperti biasa, kisah ini tiada kena mengena dgn sesiapa saja. Beginilah kisahnya:
supaya sedap dibaca. Namun, kesimpulan dan iktibarnya (jika ada) tetap sama. Seperti biasa, kisah ini tiada kena mengena dgn sesiapa saja. Beginilah kisahnya:Bos arahkan aku bertugas di utara. Walaupun last minute punya arahan, tapi aku tetap hormat ketua. Setelah memastikan keadaan kereta baik semuanya, aku bertolak hampir senja. Travel sendirian ni boring juga. Dalam kepala teringat cerita, tentang kejadian aneh dan seram di lebuh raya. Aku kuatkan semangat dan baca macam2 doa. Minta dgn Allah SWT semoga dilindungi drp mala petaka.
Tiba di satu kws aku nampak ada orang melambai menahan kereta. Nampak macam ada masalah dan aku berhentikan kereta utk bertanya. Dia bukan wanita berambut panjang mengurai berbaju putih tak nampak muka. Tetapi seorang gadis ayu yang cantik jelita dan anggun bergaya. Kalau P Ramlee kata: cantik rupamu dipandang mata, bagai biduan dari syorega (syurga). Aku pun tak rasa seram dan meremang bulu roma. Harap2 ini bukan cobaan, ya!
"Bang, boleh saya tumpang, sampai kat perhentian sana tu saja?" dia bertanya. "Boleh, dik ... apa salahnya," aku kata. Membuka pintu depan, dia masuk ke dlm kereta. Kami diam seketika. Tumpuan aku hanya ke jln raya. Minta2 dia ni bukan la hantu raya. Setakat ni tak ada bau apa2, wangi menusuk hidung pun tak ada. Sah, memang manusia! Lega!
Tiba2 gadis tu bertanya: "Bang, abang nak kaya?" Huyyooo ... soalan cepumas yang tidak terduga. Dia pandang muka aku sambil senyum sikit saja. Dah mula dah, hati aku kata. Nak bagi nombor ke nak mengena? Skim apa pulak la yg dia nak cerita. Aku dah serik dgn skim cepat kaya. Tapi ... kalau betul, kira rezeki aku la. Ya lah ... dah lama hidup susah dan menderita. teringin juga la nak senang dan kaya ...
"Tak apalah, dik ... biarlah abang hidup sederhana." Aku jawab selamba sambil menjeling kat dia. Dia diam tak kata apa2. Mungkin dia kata aku susah nak masuk jerat dia. Lama jugak diam, lepas tu dia tanya: "Betul ke, abang tak nak kaya?"
Dengan sopan aku jawab pula: "Betul, dik ... biarlah abang macam ni saja. Dah banyak kali abang terkena ..."
Beberapa detik berlalu masa. Aku memandu tanpa curiga. Dia pun dah tak tanya apa2. Setengah jam kemudian, dia berkata: "Bang ... berhenti di depan sana. saya tumpang setakat ni saja." Tempat yang dia suruh berhenti tu memang tempat rehat la. Aku berhenti dan dia keluar dari kereta.
"Bang ... walaupun abang tak nak, saya nak juga bagi abang kaya!" Sambil berkata, tangannya menyeluk beg yang disandangnya. "Nah ... ini ada satu tin KAYA. Abang ambik la, tanda terima kasih kerana menumpangkan saya. Roti ... abang beli sendiri ya!!"
Tiba di satu kws aku nampak ada orang melambai menahan kereta. Nampak macam ada masalah dan aku berhentikan kereta utk bertanya. Dia bukan wanita berambut panjang mengurai berbaju putih tak nampak muka. Tetapi seorang gadis ayu yang cantik jelita dan anggun bergaya. Kalau P Ramlee kata: cantik rupamu dipandang mata, bagai biduan dari syorega (syurga). Aku pun tak rasa seram dan meremang bulu roma. Harap2 ini bukan cobaan, ya!
"Bang, boleh saya tumpang, sampai kat perhentian sana tu saja?" dia bertanya. "Boleh, dik ... apa salahnya," aku kata. Membuka pintu depan, dia masuk ke dlm kereta. Kami diam seketika. Tumpuan aku hanya ke jln raya. Minta2 dia ni bukan la hantu raya. Setakat ni tak ada bau apa2, wangi menusuk hidung pun tak ada. Sah, memang manusia! Lega!Tiba2 gadis tu bertanya: "Bang, abang nak kaya?" Huyyooo ... soalan cepumas yang tidak terduga. Dia pandang muka aku sambil senyum sikit saja. Dah mula dah, hati aku kata. Nak bagi nombor ke nak mengena? Skim apa pulak la yg dia nak cerita. Aku dah serik dgn skim cepat kaya. Tapi ... kalau betul, kira rezeki aku la. Ya lah ... dah lama hidup susah dan menderita. teringin juga la nak senang dan kaya ...
"Tak apalah, dik ... biarlah abang hidup sederhana." Aku jawab selamba sambil menjeling kat dia. Dia diam tak kata apa2. Mungkin dia kata aku susah nak masuk jerat dia. Lama jugak diam, lepas tu dia tanya: "Betul ke, abang tak nak kaya?"
Dengan sopan aku jawab pula: "Betul, dik ... biarlah abang macam ni saja. Dah banyak kali abang terkena ..."Beberapa detik berlalu masa. Aku memandu tanpa curiga. Dia pun dah tak tanya apa2. Setengah jam kemudian, dia berkata: "Bang ... berhenti di depan sana. saya tumpang setakat ni saja." Tempat yang dia suruh berhenti tu memang tempat rehat la. Aku berhenti dan dia keluar dari kereta.
"Bang ... walaupun abang tak nak, saya nak juga bagi abang kaya!" Sambil berkata, tangannya menyeluk beg yang disandangnya. "Nah ... ini ada satu tin KAYA. Abang ambik la, tanda terima kasih kerana menumpangkan saya. Roti ... abang beli sendiri ya!!"
17 comments:
Hahaha!!! Cerita seram yang tak berapa seram sama macam Nek Nak. Lain kali cubalah ceritakan cerita seram tahap dewa.
Cik tah, ini memang bukan cerita seram, tetapi cerita suram..menarik sebab tak sangka.
ta,
cerita seram ... coming soon.
ust azli,
moral of the story, kalau orang nak bagi kaya, ambik saja. Kaya tin pun kaya tin la!!
Sdr. Azli,
Dah sangka. Kalau saya, saya kan cakap "Takkan satu tin saja?"
hahaha aku ingat kaya duit... rupanya kaya roti... emm tpi ada pengajaran dlm cite nie...
macam pusara di lebuhraya la ni.. klau aku comfirm mintak card. mane tau bole supply kaya plak ke. tambah cabang bisnes... :-)
ritah'
generasi,
niezearm,
BERHATI-HATI DI LEBUH RAYA!
:-)
thanks 4 da advice...
ingat ker ghost stories tadi..
huhu3
http://hanspunyablog.blogspot.com/
hehehe..... =P
kaya rupanya... ces!
p/s:thanx atas kunjungan
hartini,
hehe ... sori.
haha3
itulah pasal
bila dah tahu memang gelabah tapi sekarang dah ok
comment posting terbaru saya yer --> http://hanspunyablog.blogspot.com/
Kalau tak nak kaya nanti saya bagi marjerin dengan peanut butter...
tuan aliff,
hahaha. sarapan pagi, roti dgn kaya @ marjerin @ peanut buter @ apa2 pun memang berselera.
aku mahu jadi kaya!!!!!!!!!!!!!
Che Nan,
bawak kaya tu, kita pakat pi cicah di bucu.
wan,
haha. kalau mai sini tel abang. kita pi bucu, kalau tak cicah kaya pun, kita pekena sup tok perak.
Post a Comment