16 July 2008

apa maknanya majlis tanpa wartawan ...

Malam tadi berlangsung debat antara DS Anwar dengan Datuk Shabery. Saya bukan nak komen tentang perdebatan itu sebab seluruh negara turut dapat menyaksikannya secara langsung di kaca tv. Kelebihan bagi saya dan rakan2, kami dapat menyaksikannya sendiri di Balai Budaya yang kami sayangi. Masing2 dapat menilai sendiri, siapa yang menjuarai, siapa yang hujahnya menyimpang dan menjerat diri.

Yang nak saya catat di sini tentang petugas media yang dikasari. Kejadian malam tadi tidak seharusnya terjadi. Semua petugas media dan jemputan lain diberikan pas khas utk masuk ke sini. Tidak perlu dkhuatiri akan keselamatan VVIP.
Penganjur atau petugas keselamatan seharusnya telah lama memahami. Petugas media menjalankan tugas kerana tanggung jawab kepada organisasi. Sedaya upaya berita mesti diperolehi. Jurugambar pula mesti mendapatkan gambar walau apa pun terjadi. Jika terlepas, mereka yang kena jawab nanti.
Di depan mata saya, kejadian petugas media dikasari telah berlaku banyak kali juga. Saya bertugas ketika Malaysia menumpaskan Indonesia dlm perlawanan badminton Piala Thomas 1992 di Stadium Negara. Setelah diumumkan juara, pemain-pemain bersorak gembira. Mereka berlari dlm stadium sambil membawa dan mengibarkan bendera Malaysia.

Sorakan penonton bergema. Jurugambar pun turut berlari mendahului pemain utk merakamkan detik manis Malaysia menjadi juara. Ketika inilah petugas keselamatan pun tumpang2 buat sibuk juga. Ada yg menghalang jurugambar menjalankan tugas mereka. Seorg petugas keselamatan tiba2 menarik kolar baju jurugambar di depan mata saya. Jurugambar itu memang kenalan saya. Berlaku pertengkaran akibat ketidakpuasan hati jurugambar. Esoknya berita itu keluar dlm surat khabar.

Hairan ya, kenapa nak tunjuk lagak dan kuasa apabila dah tahu situasi tenang tidak berbahaya? Yg tiada kena mengena, tidak dibenarkan masuk sesuka hati mereka. Ada pas khas yg dipakai oleh pemberita dan jurugambar. Tidak mungkin ada yang hendak buat onar.

Dulu, dlm sebuah konsert di Tmn Tasik Perdana, penonton memang ramai di sana. Kebanyakannya anak muda remaja. Apabila semua tempat duduk sudah dipenuhi, penonton bersesak di hadapan pentas walaupun terpaksa berdiri. Petugas keselamatan pun mula menunjuk kuasa meninggi diri. Mereka mengarahkan penonton berundur sambil tangan menghayun cota. Bukan penonton saja yg kena, petugas media pun menjadi mangsa.
Kejadian malam tadi umpamanya, boleh dielakkan jika semua pihak bekerjasama. Tidak akan berlaku sekiranya sama-sama memahami tugas yang perlu dilaksana. Petugas keselamatan jangan halang wartawan. Mereka ada tugas penting yang perlu dilaksanakan. Mereka perlu tangkas utk dapatkan berita sebagai bahan penulisan. Penulisan mesti disegerakan kerana esok surat khabar akan diedarkan.
(Foto: Jalil Kassim)

13 comments:

benuasuluk said...

Che Nan ke yang kena? lain kali Che Nan bawalah cota juga, susah-susah buleh pelangkong bailk.

S.YanaZ said...

Mereka inilah yg perlu masuk kelas pemulihan.
Mari che gu PULIHKAN!

Denanz ... said...

wan,
abang tak kena la. tapi tengok member yg kena, bebulu la. cota ada. malaeh la nak tunjuk. haha.

Denanz ... said...

cikgu sya,
depa ni masuk kelas macam mana pun, payah nak pulih. bagi makan qimau ja... senang.

Unknown said...

Mujur kita ada pas media (lesen penyelamat segala-galanya)bukan? hehe

Hartini Omar said...

sdr,
-biasalah.. time ni je la depa boleh tunjuk tera, tunjuk sapa ada kuasa..

ceh, piiraaa!!

Ki Kiey said...

saya xtahu nk kata apa..
hanya ikut perkembangan

Anonymous said...

emm malam isnin 2 mmg best bagi aku anuar ibrahim seorang akan membawa malaysia ke arah kejayaan

Denanz ... said...

anuar,
kadang2 kad media tu gah jer lebih, "kuasa" melebihi segala-galanya.

hartini,
betul!!!
tapi, kea"tera"an dan kuasa depa tu kekadang tak kena tempat, melebih-lebih. tu yg buat sakit hati sangat.

kikiey,
:-) memang bagus sentiasa ikut perkembangan. kita tidak ketinggalan.

generasi,
sama-samalah kita tengok dan ikuti perkembangan politik Malaysia akan datang.

hegira said...

kalau ada apa-apa event lagi di dbp, minta tolong bagitau ye.. terima kasihhh....

Denanz ... said...

art.isreka,
insya-Allah. terima kasih, singgah.

mariahsj said...

Nan ooi,
Kerjaya wartawan nih tu lah gayanya... Macam-macam pengalaman, macam-macam citer....Sabar je le. yang penting kita dapat citer....yang lain-lain tu tak de hal...

Denanz ... said...

ton,
betul tu ton. tapi kekadang yng takde hal tu la yg buat hati bengkek. "hatiku bengkek siapa yang tahu".