29 July 2008

kari mamak! peerrghh!!

Dulu. Hari aku dan housmates aku keluar dating. Mestilah hari minggu. Hari berjumpa aweks masing-masing. Aweks? Hahaha. Masa tu aweks kami budak sekolah. Aweks aku baru form 4. Pergghh ... cun! Awek kawan-kawan aku pun sama. Satu kelas. Macam mana entah boleh tersangkut. Ish ish ... heran.
Selalunya kami makan makan atau minum di restoran makanan segera. Tak payah cakap la kat mana, restoran apa. Tak pasal-pasal jer bagi iklan percuma. Tapi hari tu kami sepakat untuk "pekena" teh tarik dan roti canai di restoran mamak.

Baru jer duduk dalam restoran tu, mamak pelayan pun sampai. Ambil order. Inilah satu kelebihan restoran mamak. Mereka memang cekap buat kerja. Kadang-kadang, duduk jer, minuman dah sampai (bagi sesiapa yang dah biasa). Aku memang biasa minum di restoran tu. Beberapa orang pelayan restoran tu (biasa la kedai mamak, semua pelayan lelaki) pun dah kenal aku.

Aku order teh tarik dan "roti canai garing tak mau tepuk". Dah menjadi kebiasaan aku, minta roti canai garing tak mau tepuk. Kenapa? Eeii ... aku geli. Aku tak berkenan bila mamak buat roti, tepuk dan penyek roti tu dengan kedua-dua belah tapak tangannya! Hahaha. Aku nak roti tu terus jer bawa kat aku setelah masak. Mamak-mamak di restoran tu kebanyakannya dah tahu kehendak aku. Awek aku pun order sama macam aku. Sehati sejiwa betul kami!

Kawan-kawan aku order teh tarik & roti telur. Aweks diorang pun ikut jugak order macam tu. Fuuhh! Memang sehati sejiwa la kami waktu tu. Setelah makanan sampai, dua roti canai dan empat roti sardin, kuah kari berapi, kami makan. Satu yang aku suka di sini, teh tarik dia memang class! Memang sedap. Aku dah minum teh tarik kat beberapa buah restoran mamak. Tapi teh di restoran ni memang tak boleh challenge. Memang berhantu teh tarik dia!

Aku makan, awek aku pun makan. Kawan-kawan aku makan, aweks kawan-kawan aku pun makan. Duduk rapat-rapat, sampai tak boleh rapat lagi dah kerusi tuh! Mesra la konon. Hahaha. Sedang sedap melantak, aku panggil sorang mamak. Dia ni baru kerja kat sini. Sebab aku tak pernah nampak dia. Dia datang. Senyum-senyum. Konon-konon ingatkan aku nak tambah order la tu.

Tapi ... sebenarnya aku nak test.

"Apa hal kuah kari ni tak sedap?" Selamba aku tanya. Kawan-kawan aku gelak-gelak. Aweks diorang, awek aku senyum-senyum.

"Sedap la enche. Ini baru punya kari," dia jawab.
"Bukan semalam punya ka?" Duga aku lagi.
"Bukan la enche ... ini baru punya kuah kari." Dia beriya-iya meyakinkan aku. Aku senyum.

"Patut la. Eh ... aku mau semalam punya kari." Aku kata lagi.

Mamak tu mungkin berasa pelek. Dia senyum. Kemudian dia panggil mamak lain untuk bantu dia selesaikan masalah aku. Kawan-kawan aku, awek aku, aweks kawan-kawan aku, senyum.

Mamak lain datang. Namanya Deen. Dia ni memang biasa dengan aku.

"Apa hal, abang?" Tanya Deen.

"Deen, ini baru punya kuah kari, ka?"

"Ya, baru punya la, bang", jawab Deen.
"Betul ka, Deen?"
"Betul la, abang."

"Apa la Deen. Aku mau semalam punya kari. Baru ummph!"

Deen senyum. Dia rapat kat aku. Kawan-kawan aku, awek aku, aweks kawan-kawan aku, berhenti makan sambil pandang Deen.

Deen berbisik. Kami saja yang dengar. Orang lain tak dengar.

"Bang, diam-diam jugak ar ... jangan kasi tau sama orang arr ... "
Deen senyum senyum. Kawan-kawan aku, awek aku, awek kawan-kawan aku nampak
suspense jer. Kemudian, Deen menghabiskan ayat terakhirnya:
"Abang ... ini ... semalam punya ... sama dua hari punya kari ... sudah campur la!"

42 comments:

ZulDeanz said...

Bila kerja kat DBP, ko tinggalkan awekz tu erk?

Denanz ... said...

zuldeanz,
woiii! dia yg tinggalkan aku. hahaha.

Rahimin Idris said...

woi, dua hari tu kira ok apa. dulu lepas sekolah masa aku buat perimeter road dalam KLIA sebelum siap KLIA tu, ada satu kedai mamak dalam tu. anak saudara dia cakap tah berapa lama kari tu. kasi tambah panas, tambah panas. tapi sedap juga...hehe

Ojie said...

hahaha..
janji kari mamak..
layan memang sedap..

182 said...

tu belum lagi dia cakap tambah dengan peluh ngan sikit bulu roma..
memang kaww..

Denanz ... said...

rahimin,
tu la. tak bleh caya mamak ni. cakap jer stu dua ari, kalau sminggu dua pun mana kita tahu, kan?

ojie,
ye la. kedai mamak memang sentiasa dipenuhi org melayu.

182,
memang pun. panas panas kat tempat bakar roti canai tu, mau nyer peluh tak mnitik. ishh ishh... memang kawww. haha.

benuasuluk said...

Bang nan,
dolu2 masa sekolah kat syed omaq cikgu ada cakap, roti canai depa sedap sebab uli dengan sependa? Ada ka bang nan penah dengaq crita macam nih? sependa pun sependalah janji sedap. haha.

Denanz ... said...

wan,
penah jugak dengaq. tapi bila pi kedai mamak, tak ingat dah uli dengan apa pun. belasah ja.

Rajuna said...

ha ha ha ha


power auta!x

Denanz ... said...

rajuna,
wahahaha.
:-))

Anonymous said...

pe dasat betul kari mamak nie.. kalau macam 2 aku dah xnak makan lagi kat kedai mamak

man_helang said...

bro...ko blom dngar tokey kedai mandi dlm balang kari kan??? ha aku punya brader, pernah alaminya...gle laku kedai dia punya kuah kari...sampai la satu masa, salah seorang pekerja dia ternampak celah pintu bos dia berendam dlm kuah kari...dia cuba 'rasuah' pekerja tu supaya tak kasi bocor, tp tak jalan...langsung kedai tu lingkup...gle tul di org nih punya 'pelaris'...

S.YanaZ said...

Ah,
Ini boleh menaikkan kemarahan Ahli-ahli Persatuan Restoren Mahbub, Lucky Garden, Bangsar.

Amiene Rev said...

Kawan-kawan aku suka makan kari mamak. Aku suka makan nasi beriani.

Kawan-kawan aku suka makan nasi beriani. Aku suka makan apa saja!

kad0k. said...

tp bkn ke derang buat roti pakai tangan jugak..apa beza dgn tepuk?..hahaha..:p

roti banjir la kegemaran ambo...

Denanz ... said...

generasi,
xnak makan kat kdai mamak? itu pilihan masing2. haha.

man,
yarkh ... ee. aku pun gli. haha.

Denanz ... said...

syan.az,
mu ahli pesatue tu ko? kalu mu maqoh, mu kena jual.

amien,
aku suka kari mamak. ko suka kari mamak. kita suka kari mamak. mamak tak suka kita tak suka kari mamak.

kadok,
wei ... dia tepuk lepas roti tu masak ... gli la. haha.

Wardrobe kita said...

Rahimin...mamak KLIA ko cakap tu Ali Maju ke?ceh, aku selalu makan roti canai dia...ptt la sedap...

Marjerin said...

1) wah..awek bawah umur..bahaya nih

2) kari mamak kalu lebey dr 3 hari, lagik sedap tau

Denanz ... said...

qaseh,
thans singgah. link, k! pasal kdai mamak KLIA tu wa tatau. rahimin tolong jwb.

marjerin,
1. that story old la! haha.
2. memamg pun. ada rasa "masam-masam masin". haha.

azlishukri said...

Sejak aku tahu bahawa kari mamak kat kg aku tu letak selipar jepun dan mcm2 lagi yang mengarut dalam karinya yang sedap itu...semua orang pulau...apa2 pun kita orang dah termakan pun...

yoshz said...

Aku setuju. kari baru masak mmg kureng..

tapi, aku suka tepuk. dia punya air tgn ada berkat melekat kat roti. haha.

thx psl taruk link aku. nanti aku link kamu.

Anonymous said...

pe gile lah kedai mamak.. xnak xnak dan xnak makan lagi kat mamak

Denanz ... said...

en. azli,
tahniah le. apa rasanya selipar jepun tu? haha.

yoshz,
wahaha. air tangan mamak ... masam-masam masin.

generasi,
kedai mamak dh kureng beberapa pelanggan. haha.

♥~ir@~♥ said...

salam,,tumpang komen lg,,hehee

nape org suka sgt makan kedai mamak eh,,¿padahal tgk cara dia wat roti tuh jer dah geli,,hehehe

Denanz ... said...

ira,
ada bbrapa hal kat kdai mamak yg xde kat kdai melayu. yang aku suka kat restoran yg aku selalu minum tu, restrn dia sangat bersih. aku boleh nampak dia buat teh, sbb dia bukan bikin di belakang. kat restrn melayu, biasanya bikin teh tak jadi - rasa susu lebih la, kurang susu la, tak rasa teh la, macam2 la. memang kureng rasa teh melayu bikin.

hegira said...

haha.. takank tepuk. tapi masa dia uli dan dia pusingpusing tuh pakai tangan gak.. haha.

Denanz ... said...

art,
haha. tapi lepas dia uli, dia bakar. smua kuman dah kojol weh.
kalau dia tepuk lagi, kuman baru mari. haha.

Anonymous said...

ohh.. emm tapi aku ttp xnak makan kat kedai mamak lagi..

Denanz ... said...

generasi.
keputusan itew "muktamad"?
okeh okeh. respect!

dzul said...

kedai mamak bukan kisah roti dan teh tarik saja. Dia punya nasi beriani dan lauk pn sedap semacam. Kalau ke kuantan aku mmg singgah makan tengahari kat restoran alif dekat megamall. Apa yg dia taruk dlm gulai ayam kurma aku pun tak tau..hehe

NieZearm said...

aku ade dengar cite diorang uli tepung tu guna kaki? ade pulak bg tau yg keja kedai mamak ni bukan muslim pun. mengucap pun tak tau. cemane tu?

Denanz ... said...

dzul,
memang pun. nasi beriani mamak memang sedap. nk buat camna. sesekali terasa nk makan. pekena la jugak. kalau ke kuantan, nk cuba la jugak makan kat restrn aliff tu. hha.

niezearm,
tak tau la nk kata btul ke tak, uli dgn kaki.
org kata kalau nk tau Islam ke tidak, test suruh dia mengucap.

tasekM said...

psstt... kari semalam tu yg sedap... :)

Anonymous said...

merah,
peergh .. tu yang sampai menjilat jari tu ... masam-masam masin. haha.

Denanz ... said...

merah,
ya ya. betul betul. setuju.

deehan,
tiap sabtu n minggu, kita pekena teh panas kat situ. pekena roti canai jugak. tak serik2. love u, love ur cake ... especially ... choc indulgence ... fuuuhhh!

Tokyo BLUE said...

salam kenal..

aku dapat merasakan ke"tensen" nan mamak melayan ko... haha

Denanz ... said...

tokyo blue,
terima kasih. link.

Ayu Hasman said...

bwahahaha...
thanks for makes me laugh :D
dah tersengguk sengguk ngadap pc nih :P

Denanz ... said...

are you,
thanks singgah. bawak2 la berehat.
link, k.

tilano said...

Aku ada pengalaman Mkn roti canai, roti dia memg sedap gila, ramai pelangan berator nk beli bungkus & mkn kt situ, aku memang tk suka roti canai, tk tau ler sejak kecik lagi, nk dijdikan cerita satu ari aku & kwan aku gi ler mkn roti kt kedai mamak tu, tunggu ler roti nk mkn kt situ! ramai org tunggu, smbil minum teh tarik, tetiba mamak tu mcm org penik, huhu dia kata nk g indah water jab, paham ler tu, sat lagi mamak tu dtg & sediakan roti, turn tu roti kwn aku yg punya oder, dng penuh ghairah akwan aku pung mula nk mkn, tetiba aku ternampak sesuatu kt atas roti tuh, aku pung ckp kt kwan aku tu apa tuh, kwan aku pung membeleknyer, aku pandang dia dia pandang aku, aku pandang mama tu, eeeeeeeeeeeeeeee aku menjerit rupanya sisa indah water tadi melekat kt tangan mamak tu dan ter tinggal kt cincin mamak tu lau tertingal atas roti kawan aku tuh masa mamak tu tepuk rotij tadi ..........

Denanz ... said...

tilano,
EEEEEEeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
GELIIIIIIIIIIIIIIIiiiiiiiiiiiiiiiii
Hak Tuuuuiiiih.
Cilakak punya mamak.
Lahanat punya mamak.
EEEEEEEEEEEE geliiiiiiiiiiiiiiiiii.