Perihal minyak masih ghairah diperkata diwacana di mana-mana. Apabila minyak melambung tinggi tanpa sempadan melonjak harganya, kecoh dunia demo tercetus melepas rasa. Malaysia pun tidak kurang tidak lebih itulah cara. Rakyat marhaen tambah derita terseksa jiwa raga.(Gambar kereta banyak ni pinjam dari blog ibnu ahmad)
Pasal minyak pun pelbagai perkara rencam ragamnya. Bukan sekadar jentera pengangkutan awam manusia yang terasa. Minyak dikisahkan dalam cerita dalam perumpamaan juga peribahasa.
Orang minyak licin hitam badan tidak nampak akan rupa. Kisah penjahat menyamar diri menyimpan rahsia, menakutkan masyarakat terutama wanita.
Minyak urut minyak lintah minyak kuda dari dulu banyak gunanya. Tersalah urat terseliuh patah anggota, diguna mengurut memulih segala, akan peria tampan dipercaya mengembalikan tenaga gagah perkasa.Minyak pengasih masih ada yang percaya. Jika terkena palitan sapuannya akan angau menggila tidak keruan rasa. Diguna jejaka menggoda wanita, agar kekasih dipuja menyayang menyinta. Sebaliknya diguna juga si jelita, supaya pujaan hati kekasih abadi setia kekal bersama.
Minyak gamat terkenal bukan cerita lama. Berkhasiat berguna perlu disimpan disedia sentiasa. Jika tergores terluka tercedera, disapu ia menghentikan darah serta-merta.
Mandi minyak diamal bukan sembarangan insan. Menjadi tanda melepasi akan jurusan, pengamal seni mempertahankan diri mengikut warisan. Minyak panas dilumur serata badan, yakin percaya akan kuasanya Tuhan, tidak terasa panasnya bertambah jurusan.
Naik minyak ... emmm ... memang bahaya! Perumpamaan lama bagi gajah itulah dia. Tatkala nafsu mula menggila, mencari pasangan mengawan sampai masanya. Menurut pakar apabila gajah nafsunya melonjak memuncak, mencari teman mengawan melepas kehendak, ketika itulah mukanya berminyak. Sekeliling mata cecair keluar bergenang di kelopak, jika diganggu
timbul amarah mendorong tingkah bertindak, apa saja di sekeliling dihentak dilanyak. Mengamuk mencari pasangan bukan sengaja bukan menunjuk kuat untuk bertindak. Manusia sepatutnya faham dengan akal fikir matang merenung sejenak. Sesungguhnya gajah "bukan sengaja naik minyak!"
17 comments:
Denanz,
Dalam banyak-banyak hal yang berkaitan dengan minyak, saya suka Orang Minyak. Hahaha ... Jangan salah faham. Orang Minyak a.k.a. Saudagar Minyak.Kayo tu. Tak kira lah minyak atar ka, minyak tanah, minyak diesel, minyak petrol, minyak urut ka,minyak dab dan kawan-kawannya,dll. Asalkan jangan saudagar minyak kering. Tak oraitt (sebut sengau macam Asrul Raja Lawak 2) beb!
ta,
memang banyak kalau nak tulih pasai minyak. nanti org malaih nk baca la pulok!
Kalau orang Jitra tulis mesti orang tak malaih punya. Di Jitra ada minyak dak? Geografi SPM - F. hahaha ...
geografi? adududuu...kita serupa...hahaha. ingat dak ceghita aku kena guntin rambut. cikgu tu la ajax ILMU ALAM (nama subjek dulu-dulu ... kakakakah) dia memang oghang penang, tinggi besaq penuh jambang. awek cun-cun dlm kelas, semua menantu dia. ayat-ayat dia: " hah ... jangan dok kacau menantu aku tu ...". "amboi ... menantu pakcik ...". banyak lagi la ayat ghoplah dia ...
minyak naik ni propaganda barat. yang tak patut naikkan harga pun amik la kesempatan. boleh untuk banyak. Siapa yang untung? individu ke negara? Siapa yang merangkul pingat di olimpik bakal dapat habuan yang lumayan beserta pencen. Melampau la tu.
Nanjamil,
Antara minyak naik dengan hujan turun, biarlah hujan terus turun. Hujan turun tanda rahmat Tuhan, minyak naik, tanda hilangnya kasih sayang insan.
nan(yang)jamil(indah)..Amin.
al-Kurauwi
Macam akan diterbitkan shj gurindam ini...
niezearm,
kalau fikir benda2 camtu, kita yg gelisah. memang yg bertuah sentiasa beruntung. yg kaya bertambah kaya. yg miskin makin menderita.
ust azman,
bila difikirkan semuanya kuasa Yang Maha Esa, barulah tenang rasa jiwa. ada insan yang sering menerima ujian. Ujian mendekatkan kita kepada-Nya. Ujian menandakan kita dikasihi-Nya. Betul,kan ust.
Amin ... tk.
nuar,
terpulang kpd editor. dlm Kosmik boleh ke?
Acah ja...mana boleh aku fail Geografi. Saja ja buat lawak bodo. Aku seronok belajaq Ilmu Kesihatan, Tatarakyat dan Kajian Tempatan, sebab banyak gambaq.
Tatarakyat (dulu). Sekarang ... ta ta ... rakyat ... bye bye.
Ilmu Hisab & Tawarikh ... macam mana?
Ilmu Hisab dan Tawarikh pun suka jugak. Boleh kata aku suka semua mata pelajaran. Tak macam budok la ni. Pilih-pilih.
Ilmu Hisab aku suka, sebab masa Darjah 1 apabila belajaq + dan -, cikgu lukis bulatan. dalam satu bulatan tu ada sekumpulan bintang, gula-gula, pensil, kucing, bola, payung, dll., bulatan yang satu lagi, lukis la gambar lain selain yang tadi. kemudian warnakan atau pangkah untuk melengkapkan tugasan + dan -.
Kadang-kadang dah tak tau nak lukis benda apa dah, sebab semua benda dah lukis. Cuma muka cikgu tu ja aku lupa nak lukis.
dahsyat betul komen-komen kak ritah ni..bernas dan berilmu..
Hidup Azli!!! (Slogan Hari Kebangsaan 2020)
Selamat Memuji dan 'Mengangkat'...
ha.ha.
Che gu Yah,
Trend hidup moden perlukan membodek dan angkat-mengangkat, tak gitu?
Minyak pengasih nie ade kawan dia... Minyak senyonyong, minyak dagu dan pelbagai-bagai lagi.. Mujarab ke? Tak tahu la... saya pun tak penah try....
tuan aliff,
ada macam2 jnis minyak pengasih. saya pun tak pnah cuba. bagi yang pecaya, selalunya benda2 camni memang menjadi. wallahua'lam.
Post a Comment